Cukup Sampai Di Sini

>> Sabtu, 31 Januari 2009

Dulu, bila belajar kita malas.
Kalau pegang buku, mulalah mengantuk.
Mata hendak terpejam. Kita tahu peperiksaan penting yang akan kita hadapi tahun ini.
Tetapi perasaan malas itu sentiasa mengganggu diri kita.
Oleh itu...
Cukuplah sampai di sini.
Buangkan perasaan malas itu. Ubah cara belajar. Belajar cara untuk belajar dengan baik.
Cukuplah. Biarlah yang lepas itu lepas. Setakat ini saja. Cukuplah sampai di sini.

Kalau dahulu kita suka melepak... cukuplah sampai di sini. Tak mahu lepak lagi.

Kalau dulu kita suka menonton TV hingga larut malam. Cukuplah sampai di sini.

Kalau dulu kita suka tidur berjam-jam. Buku jarang sentuh . Cukuplah sampai di sini.

Kalau dulu kita suka membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Cukuplah sampai di sini.

Buangkan saja perkara negatif. Ubah kehidupan anda. Berhijrahlah dari yang tidak baik kepada yang baik.

Tanamkan azam baru sempena tahun baru Hijrah dan Masihi ini.
Lupakan kegagalan lalu. Lupakan kekecewaan lalu.

Cukuplah Sampai Di Sini.

Read more...

Jangan Tunggu Lama-Lama

>> Jumaat, 30 Januari 2009

Jangan Tunggu Lama-Lama

Buku sudah di tangan. Pen dan pensel sudah bersedia untuk menulis. Apa lagi yang ditunggu.
Teruskan usaha dalam menuntut ilmu. Jangan tunggu lama-lama.

Jangan Tunggu Lama - lama
Cikgu sudah ada. Cikgu dah bersedia.
Murid pun patut sudah bersedia untuk belajar.
Apa lagi, berikan tumpuan semasa belajar.

Jangan tunggu lama-lama.

Lupakanlah perkara-perkara yang tidak penting.
Bermain boleh..tetapi belajar lebih penting.
Jangan tunggu masa dah suntuk baru nak belajar.
Jangan sampai esok hendak periksa, hari ini baru buka buku.
Kenapa tunggu begitu lama.
Kenapa tidak dari dulu.
Yang rugi siapa?
oleh itu,
Jangan Tunggu Lama-lama.

Read more...

Mesyuarat Kurikulum

>> Khamis, 29 Januari 2009

Hari ini berlangsung mesyuarat Kurikulum kali pertama di bilik gerakan.

AHLI JAWATAN KUASA KECEMERLANGAN UPSR 2009 ---> LIHAT AJK KECEMERLANGAN (Sebelah Kanan)

Read more...

Server Streamyx Down

>> Rabu, 28 Januari 2009

Dah beberapa hari tak menulis di blog ini. Server down. Baru hari ini dibaiki oleh pihak TM. Perjalanan sekolah hari ini seperti biasa.

Read more...

Pesan Abang

>> Rabu, 21 Januari 2009


Pesan Abang - Sudirman


Adikku muda remaja
Awasi bila melangkah
Wajahmu manis bak gula
Pasti ramai kan tergoda
Tidak dilarang kau bersuka
Asal tahu kan batasnya
Jangan sampai adik terlupa
Harapan dan cita-cita
Ibu dan ayah
Menaruh harapan
Agar kau berjaya
Di hari kemudian
Bila tiba waktu petang
Dari sekolah kau pulang
Bergalas buku di pinggang
Siapa lihat tertawan
Adik masih bersekolah
Awas segala dugaan
Adik kan ambil periksa
Agar senang masa depan
Tumpukan perhatian dengan sepenuhnya
Serahkan selainnya
Kepada yang Esa
Bila adik telah berjaya
Abang kan turut gembira
tapi andai sebaliknya
Jangan kau rasa kecewa
sekali adik terkandas
Bukan untuk selamanya
di hati sematkan pesanan
Ingat abang tetap sayang


Read more...

Gambar sekitar sekolah








Gambar persekitaran sekolah yang ceria.

Read more...

Ujian Awal Tahun

>> Selasa, 20 Januari 2009

Hari ini bermula ujian awal tahun bagi sekolah.
Subjek yang terlibat hari ini ialah
Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan dan Mathematics 2.

Read more...

Program Maal Hijrah

>> Khamis, 15 Januari 2009

Hari ini diadakan acara memasak bubur Asyura sempena Maal Hijrah.

Read more...

Ayah dan Ibu

>> Rabu, 14 Januari 2009

Setiap manusia yang dilahirkan di dunia mempunyai ayah dan ibu. ( Kecuali Rasul yang tertentu)Tanpa ayah dan ibu siapalah kita. Sebab itu ayah dan ibu wajib dihormati dan tidak boleh di sanggah walaupun dengan perkataan ahh!!!. Itu menunjukkan betapa mulianya ayah dan ibu.Kita kena sentiasa ingat dari mana kita datang.

Dari mana...Ayah dan ibu, ayah dan ibu, itulah permulaan kami.

Lirik lagu sudirman tu. Dalam maknanya. Dengan adanya ayah dan ibu, maka lahirlah kita di dunia ini dengan izin Allah. Itulah detik permulaan kita sejak dari dalam rahim hinggalah kita dilahirkan di dunia ini.Apakah yang boleh kita buat setelah lahir dari perut ibu.

Dapat melihat bulan dan matahari......

Kita dapat melihat keindahan alam ini. Kita dapat merasa nikmat yang paling besar sekali pemberian Allah iaitu nikmat hidup.

Ayah dan ibu, ayah dan ibulah mesti dihormati.

Hormatlah ayah ibu. Patuhlah perintah mereka sementara mereka masih ada di dunia ini.Kehidupan mereka sudah tidak lama. Bila mereka tiada nanti, tidak adalah orang yang begitu sayang kepada kita, tempat kita bermanja. Hilanglah mereka dan tidak akan kembali lagi.Oleh itu pelajar-pelajar sekelianKenangkanlah...Sakit ibu sepanjang mengandung dan ketika melahirkan kita tidak terperi. Walaupun sakit, mereka tetap tidak sabar untuk melihat kita lahir ke dunia. Gembiranya mereka. Membesarkan kita serta menyediakan keperluan kita, menyayangi kita dan sentiasa bersama kita.

Itulah ayah ibu...Yang dikurnia dari Ilahi

Mereka dikurnia dari Ilahi.
Ada pelajar yang tidak sempat melihat wajah ayah selepas lahir. Ada orang yang kematian ibunya semasa melahirkannya. Malang nasib mereka.
Tetapi yang ada ayah dan ibu, semasa mereka masih ada..berilah hormat yang sewajarnya kepada mereka. Mohonlah restu mereka, jadilah anak yang soleh dan solehah.
Bila mata mereka terpejam nanti, pasti bibir mereka melemparkan senyuman kerana berjaya melahirkan anak yang soleh, taat, serta berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Oh ayah dan ibu.......

Read more...

MC

>> Selasa, 13 Januari 2009

Hari ini saya MC 2 hari...
Apa nak buat...semalam gotong royong kawasan rumah...
benteras nyamuk aedes...
Lepastu..tak leh nak bangun...
Terbaring je lah....

Read more...

Adab - adab menuntut ilmu

>> Khamis, 8 Januari 2009

1. Niat yang ikhlas
2. Terus berusaha dan bertawakkal
3. Menjauhi maksiat
4. Memilih teman yang soleh
5.Banyakkan zikrullah
6. Menjaga kehormatan
7. Doa dan keredhaan ibu-bapa
8. Menghormati guru
9. Beramal dengan ilmu yang diperolehi

sumber : aki2004.wordpress.com

Read more...

10 petua menghadapi peperiksaan

>> Rabu, 7 Januari 2009

Khas buat anak muridku.. (adaptasi SK Desa Putra)

· Kajian terhadap topik dan pemetaan maklumat
Semak sama ada anda memahami sepenuhnya, separuh atau tidak memahami langsung bab berkenaan. Jika ada bab yang belum difahami sepenuhnya, segera buat peta minda dengan mencatat maklumat penting yang berkaitan.

· Semak soalan tahun lalu (setiap subjek)
Biarpun soalan akan berubah setiap tahun, anda tetap perlu menyemaknya untuk membandingkan kekerapan topik berkenaan keluar dalam setiap peperiksaan.

· Banyakkan pembelajaran secara output learning
Di saat-saat akhir, anda seharusnya banyak mengulang kaji pelajaran secara output learning iaitu mengeluarkan kembali kefahaman anda kepada bentuk lakaran ataupun menerangkan kepada rakan. Ia dapat membantu menguatkan ingatan terhadap sesuatu mata pelajaran.

· Memperbanyakkan latih tubi dan ujian simulasi
Satu cara untuk menguji sejauh mana pemahaman anda terhadap sesuatu subjek adalah melalui latihan berterusan (latih tubi) dan soalan tahun sebelumnya. Ia mampu menolong anda mengatasi bahagian subjek yang lemah.

· Nota ringkas
Nota ringkas amat penting dan berguna kerana ia senang dibawa ke mana saja. Anda boleh membaca catatan nota ringkas berkenaan di waktu terluang.

· Pastikan mendapat tidur dan rehat secukupnya
Biar sesibuk mana sekalipun, anda perlu mendapat tidur dan rehat cukup. Jangan lupa bersenam sekurang-kurangnya 10 minit bagi memastikan badan kekal cergas. Pengaliran oksigen yang baik boleh menghasilkan otak yang cerdas.

· Pemakanan berkhasiat dan seimbang
Elak mengambil terlalu banyak makanan yang mengandungi kafein (seperti kopi) kerana anda mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan.

· Kawal emosi
Elak terbabit dalam sebarang konflik yang boleh menggugat ketenangan emosi di saat anda akan menduduki peperiksaan. Jangan menimbulkan sebarang pertelingkahan atau terasa hati dengan rakan-rakan atau keluarga kerana ia boleh menggugat ketenangan ketika menjawab soalan kelak.

· Banyakkan berdoa dan bersolat
Sebagai makhluk yang lemah, kita memang tidak dapat lari daripada berdoa kepada Allah s.w.t. Sebagai seorang Islam, anda perlu memper banyakkan solat hajat, tahajud dan berdoa memohon bantuan-Nya. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, pohon keampunan dan keredaan daripada ibu bapa dan guru.

· Jangan panik
Sebaik melangkah masuk ke dewan peperiksaan, jangan panik kerana ia mampu membuatkan kita lupa 50% apa yang sudah dipelajari selama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri, anda boleh menjawabnya.

Read more...

Bersedia menghadapi UPSR

>> Selasa, 6 Januari 2009

Murid-murid tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun ini diucapkan semoga berjaya. Jangan lupa belajar bersungguh-sungguh. Semoga mendapat kecemerlangan.
Insyallah.

Read more...

Sessi Persekolahan Bermula

>> Isnin, 5 Januari 2009

Hari ini sessi persekolahan 2009 bermula.
Keadaan sekolah ok, tidak ada masalah.
Pemantauan hari pertama dijalankan oleh PPD Maran.

Read more...

Pelancaran Blog SK Jengka 12

>> Ahad, 4 Januari 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada hari ini, blog SKJ 12 telah dibangunkan.
Esok barulah saya melapor diri.
Tetapi tidak mengapa, sekurang-kurangnya saya tahu SKJ 12 masih belum mempunyai blog.
Insyaallah, saya akan perkemaskan blog ini sebaik mungkin.
Blog SK Jengka 22 telah saya serahkan secara rasmi kepada Cikgu Joha. Uruskanlah baik-baik.
Jumpa lagi..esok.

Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP