Kejohanan Bola Baling MMSM Zon Jengka

>> Selasa, 31 Mac 2009

Hari ini berlangsung perlawanan bola baling MSSM Zon Jengka.
Pasukan bola baling SKJ12 menyertai kedua-dua kategori lelaki dan perempuan.

Pasukan perempuan berjaya ke separuh akhir tetapi tewas kepada juara Zon SKJ9 dengan kemenangan tipis 4-3 walaupun pada awalnya mendahului 2-0 dan seterusnya 3-2. Tetapi terpaksa akur pada minit-minit terakhir .

Pasukan lelaki pula berjaya melangkah ke peringkat akhir dan bergelar naib juara zon.
Beberapa orang pelajar SKJ12 akan mewakili Zon ke Pkt Daerah Maran.

Read more...

Persiapan terakhir

>> Isnin, 30 Mac 2009

Hari ini sekolah sibuk membuat persiapan terakhir bola-baling.
Hari esok SKj12 akan menjadi tuan rumah bola baling MSSM Zon Jengka.

Read more...

Padang Bola Baling Siap Sepenuhnya

>> Khamis, 12 Mac 2009

Hari ini cikgu-cikgu lelaki berjaya menyiapkan padang bola-baling sepenuhnya.
Esok pula mesyuarat pegawai-pegawai kejohanan Bola Baling Pkt Zon.

Read more...

Peperiksaan P2 & Buat Padang

>> Rabu, 11 Mac 2009

Hari ini semua cikgu lelaki membuat padang bola baling.
2 padang pulak tu. Kejohanan dijangka 31 dan 1 hb nanti.
Panas wooo

Read more...

Majlis Jamuan Perpisahan

>> Jumaat, 6 Mac 2009

Majlis Jamuan Perpisahan En Zul, Puan Norimi, Puan Shaidatul Rusila dan Cik Fazlina.
Gambar akan diupload nanti.

Read more...

Majlis Penutupan Minggu Anti Dadah

Gambar-gambar akan diupload nanti

Read more...

Hari Ke 4, Minggu Anti dadah

>> Khamis, 5 Mac 2009

Hari ini hari ke empat minggu anti dadah.
Keadaan menjadi semakin sibuk terutama esok adalah hari penutupan rasmi.
Kelihatan cikgu bertungkus lumus membungkus hadiah, memilih pemenang pertandingan mewarna dan melukis poster. Menanda kertas essei anti dadah. Menyiapkan buku program, dewan, mengemaskini sudut PPda dan lain-lain.
Memang letih tapi yang penting kita seronok bekerja.

Aktiviti pagi ini seperti biasa ialah mesej 5 minit anti dadah.
Penyampai ialah Cikgu Abd Halim.

Tajuk : Akibat Dadah kepada kesihatan diri.

Ringkasan :

Akibat kepada kesihatan adalah seperti berikut

1. Melemahkan tenaga dan menjadi malas.
2. Boleh melemahkan tenaga batin hingga tak dapat dipulihkan
3. Kemungkinan menjadi mandul adalah cerah.
4. Merosakkan fikiran dan menjadi tidak siuman
5. Menyebabkan pitam, pengsan atau tidak sedarkan diri.
6. Menyebabkan penyakit pedih hati dan sakit perut.
7. Menimbulkan perasaan untuk bertindak ganas yang bolehmenghilangkan maruah
8. Membawa ketagihan yang berlebihan untuk mententeramkan diri, dan jiwa yang tidak dapat dadah yang dikehendaki akan melibatkan kerosakan jiwa dan tenaga fizikal.
9. Membawa maut

sumber: Buku perlaksaan Cuma 5 minit Anti Dadah di sekolah.

Read more...

Senamrobik

>> Rabu, 4 Mac 2009

Aktiviti minggu PPDa Hari ini.
Bacaan Ikrar Dadah oleh semua guru dan murid
Mesej 5 minit Antidadah
Senamrobik
Pertandingan melukis poster dan mewarna



Seronok bersenamrobik



Permandangan dari atas




Ini bersenam ke berjoget



Cikgu Iswandi..pakar senamrobik








Mesej 5 minit Dadah
Penyampai Cikgu Ahmad Sokri
Tajuk : Dadah dan ciri-cirinya

Dadah adalah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut.

1. mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf tunjang.
2. Digunakan bukan untuk tujuan perubatan adalah dilarang
3. Diperolehi secara haram
4. Membawa kepada penggantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah
5. Mendatangkan kesan-kesan buruk/bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial

Read more...

Mesej 5 Minit Anti Dadah

>> Selasa, 3 Mac 2009

Mesej 5 minit anti dadah
Tajuk : Kesan dadah
Penyampai : Cikgu Zaki




Penuh semangat: Cikgu zaki menyampaikan mesej anti dadah bertajuk , Kesan dadah pada masyarakat



Pemimpin Pelajar mengetuai Lafaz Ikrar Anti Dadah



Ikran Anti Dadah oleh semua murid.

Ringkasan mesej 5 minit anti dadah : Sumber : Buku Cuma 5 minit Anti Dadah

Penyampai : Cikgu Zaki

Tajuk : Akibat Dadah Terhadap Masyarakat

Akibatnya adalah seperti berikut.

1. Kejadian jenayah yang berleluasa
2. Menimbulkan persengketaan dan perselisihan faham antara keluarga dan keluarga yang lain.
3. Melemahkan perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat
4. Menimbulkan kecurigaan ibu bapa terhadap anak-anak.
5. Melibatkan perselisihan faham antara kaum
6. Melemahkan keimanan dan kecenderungan kepada agama
7. Menjejaskan kesopanan dan kesusilaan
8. Membebankan daripada segi kos pemulihan, pencegahan dan penguatkuasaan.

Read more...

Perhimpunan Khas Sempena MAD

>> Isnin, 2 Mac 2009

Perhimpunan Khas Sempena Minggu Anti Dadah.
Aturcara : 1. Ucapan Pengacara Majlis ( Guru Bertugas- Puan Siti Zainah)
2. Bacaan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia oleh Tuan Guru Besar
3. Nyanyian Lagu Tema PPDa dan Lagu Anti Dadah
4. Gimik Anti Dadah - penerangan di sebalik gimik oleh pengacara majlis.
5. Ikrar Anti Dadah oleh Ketua Murid



Pengacara Majlis Sedang Menjalankan Tugas



Tuan Guru Besar Sedang Membaca Perutusan Menteri Pelajaran




Gimik Anti Dadah. Penuh Simbolik. Menandakan Pelancaran Minggu Anti Dadah Secara Rasmi.




Murid Khusyuk Mendengar Bacaan Perutusan



Benci Dadah...Mulakan membeci rokok

Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP