Perjumpaan Dengan Ibu Bapa Tahun 6

>> Khamis, 25 Jun 2009

Hari ini berlangsung perjumpaan dengan ibu bapa tahun 6 buat kali ke-3.
Ianya bertujuan untuk perbincangan mengenai kemajuan anak-anak mereka. Guru-guru juga membentangkan perancangan dan strategi bagi meningkatkan pencapaian murid. Murid-murid yang cemerlang juga diberi hadiah galakan. Sambutan dari ibu bapa sangat baik.

Semoga kerjasama yang dilakukan oleh ibu-bapa terhadap pihak sekolah akan membantu meningkatkan lagi prestasi anak-anak mereka serta prestasi sekolah.

Read more...

Emel Cikgu-cikgu SKJ12

>> Selasa, 23 Jun 2009

Kepada semua guru SKJ12.
Lampiran di bawah merupakan emel anda yang saya create melalui zoom-a.
Sila dapatkan kata laluan daripada saya.

emel anda bermula dengan kod sekolah.
sebagai contoh : emel cikgu Suhaimi ialah : cba9124-suhaimi@zoom-a.com

cba9124-suhaimi adalah login name. Password : dapatkan melalui saya. Selepas log in, sila kemaskini profil dan tukar password kepada password anda sendiri.

Read more...

Di pondok kecil "Sempena Hari Bapa"

>> Isnin, 22 Jun 2009



Di Pondok Kecil ( Nadamurni )

Di pondok kecil di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun

di suatu hari ayah berkata
jaga adikmu ayahkan pergi jauh
ku pandang wajah ayah dahinya kucium
air mata mengalir hatiku pilu

diam-diamlah sayang jangan menangis
doakan ayah semoga diterima
diam adikku sayang jangan menangis
andai ayah gugur doakan dia syahid

selamat berjuang ayah tercinta
kau pergi dulu ayah ke medan juang
kuiringi doa moga berjaya
beroleh kemenangan demi agama Islam

wahai abangku ke mana ayah
kusayang ayah kucinta ayah
wahai abangku ke mana ayah
kusayang ayah kucinta ayah

duhai adikku sayang jangan bersedih
ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi
tapi ingatlah adikku pesanan ayah
berjuang dan berkorban walau di mana jua

padaMu Tuhan aku bermohon
dosa ayahku minta diampunkan
berilah rahmat bantulah dia
untuk menegakkan agama Islam

Di pondok kecil di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun
Di pondok kecil di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun

Read more...

Hari Bapa

Dalam dunia ini banyak sangat hari. Hari yang ditunggu ialah hari raya. Ada hari ibu, hari buruh, hari guru dan macam-macam hari lagi. Sekarang ni saya nak kongsi sikitlah tentang tarikh hari bapa yang dirayakan oleh seluruh dunia. Rupa-rupanya di Malaysia ni tarikhnya tak tetap. Jom kita lihat tarikh-tarikh hari bapa yang dirayakan oleh negara-negara tertentu.

Sumber :topotato.com


21 June 2009- bersamaan Ahad ketiga dalam bulan Jun (mengikut perkiraan aku betul la tarikh ni xtau la kalo ade pertularan tarikh sejak semalam =D) bagi negara-negara berikut: Malaysia, Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Argentina, Bahamas, Bangladesh, Belanda, Bulgaria, Chile, China, Colombia, Costa Rica, Cuba, Cyprus, Filipina, Greece, Guyana, Hong Kong, India, Ireland, Jamaica, Jepun, Kanada, Malta, Mauritius, Mexico, Pakistan, Panama, Paraguay, Perancis, Peru, Puerto Rico, Singapura, Slovakia, Sri Lanka, Switzerland, Trinidad dan Tobago, Turki, United Kingdom, Venezuela, Zimbabwe.

5 Disember 2009 - tarikh yang tetap.. bagi Thailand

6 September 2009 – Ahad pertama dalam bulan September bagi negara Australia dan New Zealand

19 Julai 2009 – Ahad ketiga bulan Julai bagi negara Uruguay

19 Mac 2009 – tarikh yang tetap bagi negara Bolivia, Honduras, Itali, Liechtenstein, Portugal, Sepanyol

Read more...

Komunis dan Sejarah

>> Ahad, 7 Jun 2009

Sumber Gambar: lutfihafifi.com


Komunis, semua orang yang akil baligh tahu apa itu komunis. Tetapi bila sebut Chin Peng, budak sekolah rendah sekarang tak tahu siapa dia. Ada yang bertanya kepada saya, kenapa budak sekolah perlu tahu tentang Ching Peng? Lebih baik mereka tahu tentang pejuang-pejuang Melayu zaman dahulu seperti Mat Kilau, Tok Gajah, dato' Bahaman, Tok Janggut dan lain-lain. Apa pentingnya tahu tentang Chin Peng? Dia pengganas. Kenapa cerita penggganas komunis perlu disampaikan kepada kanak-kanak?

Bagi saya inilah salahnya. Bila budak sekolah tak kenal Ching Peng, mereka tak tahu kekejamannya. Mereka hanya tahu, Ching Peng ketua komunis. Tapi mereka tak tahu keganasan komunis. (melainkan cuma sedikit yang dapat informasi kekejaman komunis melalui Filem Bukit Kepong) Selebihnya mereka tak tahu betapa menderitanya nenek moyang mereka yang hidup pada zaman darurat kemudian walaupun darurat tamat, tetapi kekejaman mereka berterusan sehingga mereka menyerah pada tahun 1989.

Oleh itu, kalau kanak-kanak sekolah tidak didedahkan dengan kekejaman komunis, maka mereka tidak ada perasaan langsung terhadap sesetengah pihak yang hendak membawa Chin Peng pulang ke Malaysia. Bagi mereka, ada Ching Peng atau tidak ada ...sama sahaja.
Bila pihak media seperti TV memainkan isu kekejaman komunis, barulah mereka tahu, bahawa komunis bukan setakat mengganas di Bukit Kepong sahaja. Baru mereka sedar bahawa betapa menderitanya nenek moyang mereka akibat kekejaman pengganas komunis itu.

Tetapi perlu diingatkan bahawa media hanya memainkan isu ini bermusim. Ketika ini hangat orang bercerita tentang ada pihak yang hendak membawa pulang Ching Peng atas dasar kemanusiaan kononnya. Nanti bila isu ini sudah sejuk, kisah-kisah kekejaman Komunis tidak lagi ke udara di TV, Radio atau akhbar. Akhirnya ia akan dilupakan seperti sebelum ini. Kanak-kanak sekolah mula tak ambil peduli siapa itu Ching Peng.

Jadi bagaimana kita hendak tanamkan perkara-perkara begini dalam minda kanak-kanak?
Saya teringat ketika saya bersekolah di sekolah rendah sekitar tahun 80-an. Pada masa itu mata pelajaran Sejarah ada di sekolah. Saya masih ingat masa tu belajar tentang tamadun dunia seperti Athen dan Sparta ketika darjah 4.

Saya nak mencadangkan supaya mata pelajaran Sejarah diwujudkan di sekolah rendah semula. Tak perlulah belajar tamaddun dunia seperti Athens, Sparta, Rom dan lain-lain. Untuk peringkat sekolah rendah, kita belajar apa sahaja sejarah dalam negara kita.

Masukkan kisah pejuang tanah air seperti Mat Kilau, Tok Janggut, Dol said dan sebagainya. Petang tadi saya sempat tengok satu rancangan di Astro Prima bertajuk Rosli Dhobi- pejuang atau pembunuh. Cukup menarik. Kisah ini yang perlu disumbat masuk ke minda pelajar agar sedar perit jerih, kepayahan, malah hingga mengorban nyawa orang dulu-dulu dalam menuntut kebebasan.

Kisah kekejaman komunis jangan dilupakan. Biar kanak-kanak sekolah tahu terdapat beribu-ribu kekejaman komunis dan bukannya setakat di Bukit Kepong sahaja. Terangkan kenapa komunis berperang dengan kerajaan. Apakah cita-cita komunis sebenarnya? Bayangkan jika negara kita diperintah oleh komunis, di mana kita sekarang? Bolehkan kita bersembahyang? Bagaimana pula dengan masjid? Adakah mereka akan mebina Masjid seperti hari ini, atau mereka akan meruntuhnya? Bersyukurlah, itu tidak terjadi.
Sejarah kemerdekaan negara melalui rundingan,ramai yang tidak tahu. Cuba tanya murid tahun 6 di sekolah rendah. Tanya mereka, bagaimanakah cara negara kita mencapai kemerdekaan. Saya pasti ramai yang tak tahu.

Itu sekadar cadangan. Di sekolah memang ada mata pelajaran yang memasukkan unsur-unsur sejarah.Tapi ianya tidak mencukupi. Biar murid-murid belajar sejarah yang khusus, yang benar-benar sejarah, agar mereka tidak buta sejarah.

Kita akan mati tetapi sejarah akan terus hidup.

Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP