Jambori Pengkap Day 3

>> Jumaat, 31 Julai 2009

Pagi ni, nampaknya semua ahli pengakap SKJ12 bersemangat. Tuan Guru Besar datang melawat ke tapak perkhemahan sekolah. Beliau turut merasai hidangan nasi goreng dan air nescafe. Sodap...
 
Tengahari :  Pengakap lelaki berarak ke Masjid untuk menunaikan solat Jumaat.
 
Berita penuh dan gambar-gambarnya akan diupload nanti.

Read more...

Selamat Hari Lahir Cikgu Suhaimi

>> Khamis, 30 Julai 2009

Minggu ni saya sibuklah sikit. Jadi takboleh nak kemaskini blog ni. Apatah lagi nak masukkan gambar birthday cikgu Suhaimi. Lewat sikit takpekan.

Apapun, Warga SKJ12 ucapkan selamat Hari Lahir kepada Cikgu Suhaimi


Read more...

Jambori Pengakap Jengka

Bermula dari hari semalam, 17 orang murid telah terpilih menyertai Jambori Pengakap di Kem Tengku Mahkota, Bandar Tun Razak Jengka.

Berbagai-bagai aktiviti dijalankan di sini. Jambori ini bermula pada hari Rabu petang dan berakhir pada hari Ahad.

Gambar-gambar aktiviti akan diupload nanti.










Read more...

Face Book SKJ12

>> Sabtu, 18 Julai 2009

Jomlah menjadi sahabat SKJ12. Lawati facebook kami.
Boleh memohon sekarang.



Sk Jengka Dua Belas
Sk Jengka Dua Belas

Read more...

Mudahnya guna e-mel

>> Khamis, 16 Julai 2009

Ramai orang mempunyai lebih dari satu e-mel.
Saya pun begitu juga. Selain daripada e-mel streamyx, saya juga mempunyai e-mel-emel lain seperti hotmail, gmail, yahoomail, ym dan lain-lain.

Kadang -kadang kita tidak sempat hendak membuka semua emel kita. Sebab banyak sangat.

Di sini saya nak berkongsi maklumat tentang semua e-mel kita kumpulkan jadi satu.

Guna satu username dan kita boleh baca semua e-mel kita.
Jadi kita tidak perlu buang masa untuk log in setiap e-mel yang kita ada.

Jom register di sini.

http://www.digsby.com

Selamat mencuba.

Read more...

Internet...Sejauh Manakah?

>> Khamis, 9 Julai 2009

Salam Perkenalan.

Rasanya tidak terlalu lambat untuk saya mengucapkan salam perkenalan kepada semua warga dan keluarga SK Jengka 12 ini. Ketenangan dan kedamaian kawasan sekolah ini bagi saya cukup untuk menyatakan betapa bertuahnya dapat menimba dan berkongsi ilmu di sini. Jauh dari kesibukan kota dan dikelilingi oleh pokok-pokok menghijau. Maaf sekiranya sastera saya tidak berapa menjadi (^_^).

Saya rasa semua sudah tahu mengenai kepentingan dan kegunaan internet kepada kita khususnya sebagai satu sumber untuk meluaskan lagi pengetahuan dalam pelbagai bidang. Mungkin juga ramai yang tidak pasti bidang tugas yang berkaitan dengan Fasilitator Schoolnet (FS). Di sini akan saya terangkan serba sedikit mengenai FS ini.

- FS bertanggungjawab atas segala peralatan ICT di makmal komputer dan memastikan rangkaian schoolnet berjalan lancar.
- Menentukan sasaran kumpulan sebenar bagi latihan yang dijalankan.
- Meningkatkan kesedaran dan menggalakkan penggunaan jalur lebar kepada warga sekolah dan komuniti setempat.
- Menjalankan latihan In-House kepada warga sekolah dan menentukan jadual pelaksanaan bagi mengelak daripada mengganggu aktiviti P&P yang sedia ada.

Diharapkan makmal komputer dijadikan salah satu tempat berilmiah untuk warga sekolah menimba dan meningkatkan pengetahuan yang sedia ada. Bersama-sama kita meningkatkan penggunaan internet di sekolah dan menjadi sekolah yang maju sejajar dengan perubahan teknologi yang semakin drastik.

Sekian. Renung-renungkan dan selamat beramal (^_^)..

Read more...

Kenali Guru Besar Kita

>> Rabu, 8 Julai 2009


Nama : Mustafa bin Yahya
Tarikh Lahir : 05.05.1953
Tempat Lahir : Taiping Perak
Pendidikan Awal : SK Bendang Siam Trong Perak
Pendidikan Menengah : SMK Tengku Menteri
Sejarah Perkhidmatan : SK Sungai Tekam, SK Pasir Durian, SK Jengka 12,
SK Jengka 10, SK Lepar Utara 8

Harapan Kepada Sekolah :
“ Sentiasa maju jaya dalam semua bidang pendidikan samada di dunia dan akhirat. Semoga redha Allah memberkati kita semua “. Amin

Read more...

Bendera Sekolah



Setiap sekolah mempunyai identitinya yang tersendiri. Identiti bagi setiap sekolah ialah lencana, bendera dan lagu sekolah itu sendiri.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa sekolah kita juga mempunyai benderanya yang tersendiri.

Penghasilan bendera ini sbenarnya telah diilhamkan ketika guru besar terdahulu iaitu En.Mohd Nor bin Mat Nali masih berkhidmat di sekolah ini.

Diharapkan agar bendera sekolah kita akan mempunyai nama tersendiri sebagaimana Jalur Gemilang untuk bendera Malaysia..

Read more...

Lencana Sekolah




Lencana sekolah telah dicipta oleh Encik Azhar Bin Sudin pada tahun 1976. Penciptaan lencana sekolah ini adalah berdasarkan kepada beberapa kriteria dan mempunyai maksud yang tertentu.

BENTUK


5 petak melambangkan amalan 5 Rukun Islam. 6 penjuru melambangkan kepercayaan kepada Rukun Iman. Bawah melengkung diibaratkan sebuah bekas yang mengandungi barang berharga.

GAMBAR

Botol dakwat, pen dan buku mengutamakan kepada akademik. 5 bulatan dan obor mencuba untuk kecemerlangan di bidang ko kurikulum. Lambang Negeri Pahang menunjukkan kesetiaan kepada negeri dan raja.

WARNA
BIRU-Kasih saying terhadap ilmu pengetahuan
KUNING(pen, dakwat dan buku)_Hidup sentiasa dalam keterangan jika mempunyai ilmu pengetahuan.

JALUR MERAH PUTIH-Memegang prinsip Rukun Negara.

HIJAU-Pentingnya beriman, beramal dan bertaqwa.

HITAM PUTIH-Cintai Pahang Darul Makmur.

KUNING-Kedaulatan Raja

MOTTO-USAHA JAYA

Setiap perkara yang dilakukan dengan usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan berjaya.

SLOGAN - Kecemerlangan Adalah Keutamaan Kami

Read more...

Sekolah Ku Sayang

Kenali sekolah kita

Nama sekolah sebenarnya diambil bersempena dengan nama Jengka 12 . Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 12 menggunakan kod CBA9124. Sekolah ini mula dibuka pada tahun 1976. SKJ12 berada dalam daerah Maran dan bandar berhampiran ialah Bandar Tun Razak Jengka. Sekola rendah yang berdekatan ialah SK LKTP Jengka 9 dan SK LKTP Jengka 13 manakala sekolah menengah pula ialah SMK Jengka 12.

SK Jengka 12 mempunyai sebanyak 6 unit bangunan terdiri daripada satu unit blok pentadbiran, blok pembelajaran, satu blok bangunan makmal komputer dan satu blok yang menempatkan kantin sekolah.

Di samping itu juga, terdapat sebuah surau yang mana pembinaannya adalah usaha pihak sekolah dengan kerjasama PIBG. Surau ini dapat memuatkan sejumlah besar murid pada satu-satu masa.

Menerusi pentadbiran guru besar terkini, En.Mustafa bin Yahya, adalah diharapkan agar sekolah ini mampu menjadi salah sebuah sekolah yang cemerlang dalam semua bidang menjelang tahun 2010.

Read more...

Unit Uniform

Hari ini Unit beruniform seperti biasa.

TKRS mengadakan aktiviti utama hari ini iaitu kawat statik dan ikatan. Manakala Pengakap pula mengadakan Laung Agung dan ikatan.





Read more...

Tranformasi Memacu Kejayaan

>> Selasa, 7 Julai 2009

Selamat hari peneroka kepada semua warga peneroka Jengka 12 khasnya dan seluruh peneroka di Malaysia amnya. Hari peneroka disambut pada hari ini.
Tema:
Tranformasi Memacu Kejayaan

Lagu Semai Bakti

Read more...

Orang Baru

>> Isnin, 6 Julai 2009

Hari ini SKJ12 menerima ahli keluarga yang baru.
Nama : Norazila Binti Othman

Tugas : Fasilator Schoolnet
(Di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan)
E-mel : cba9124-norazila@zoom-a.com
Username zoom A : cba9124-norazila
Password : *****

Read more...

Perhimpunan Hari Ini

Perhimpunan hari ini berlangsung seperti biasa, cuma hari ini Guru Besar tiada. Biasanya setiap mnngu, GB akan beri ucapan dan motivasi. Hari ini tugas GB itu diambil alih oleh GPK-Ko, Ustaz Mokhtar.

Hari ini juga ada persembahan murid tahun 1. Begiti juga penyampaian hadiah pertandingan Kosa Kataku anjuran Panitian BM.

( Semua gambar akan diupoad kemudian). Malam ni sibuk sikit..tak sempat.

Read more...

Seronoknya menjadi pelajar

>> Sabtu, 4 Julai 2009

Dari bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua, bilakah waktu yang paling seronok sekali. Bagi saya tentulah waktu kanak-kanak dan remaja. Masa itulah kita sedang bersekolah.

Apabila kita telah dewasa, saat-saat semasa bergelar pelajar sering bermain di ingatan kita. Kadang-kadang hati kecil kita berkata, alangkah baiknya kalau dapat kembali ke zaman itu. Tak banyak masalah yang perlu difikirkan. Di sekolah kita hanya perlu belajar dan menyertai aktiviti-aktiviti persekolahan. Alangkah seronoknya. Cuba hayati lagu Pesan Abang nyanyian Allayarham Sudirman. Begitu syahdu sekali
Justeru, kepada adik-adik yang masih bersekolah, hargailah waktu ini. Jangan sia-siakannya. Jika kita sia-siakannya, kelak kita akan kesal di kemudian hari. Masa yang telah pergi takkan berulang kembali.



Seronoknya kita ketika bersekolah. Ceria dan gembira bersama teman-teman. Adakah 30 tahun lagi anda akan bersama seperti ini? Pastinya, masing-masing membawa haluan sendiri. Membina kehidupan sendiri.




Saya pernah menjadi murid dan duduk di bangku dan meja seperti ini lebih 30 tahun yang lalu. Kini semuanya tinggal kenangan yang terindah dalam kehidupan. Teman-teman masa bersekolah dulu jarang sekali kutemui. Masing-masing mempunyai kehidupan sendiri. Untuk berkumpul seperti dulu terasa begitu mustahil. Segalanya hanya tinggal memori.

Read more...

Keindahan Pagi Ini

>> Khamis, 2 Julai 2009


Indahnya Ciptaan Ilahi





Gambar pelangi yang saya ambil pada pukul 7.15 pagi ini di persimpangan Jengka 22.
Dalam gambar ini juga kelihatan Gunung Senyum sebagai latar belakang. Gunung Senyum, gunung yang menyimpan sejuta rahsia alam. Moh lah wei melawat Gunung Senyum.

Read more...

Perjumpaan Unit Beruniform

>> Rabu, 1 Julai 2009

Hari ini diadakan perjumpaan Unit beruniform bagi Tunas Kadet Remaja sekolah (TKRS) dan Pengakap.

Bagi pasukan Pengakap, aktiviti utama diadakan pada hari ini ialah Ujian Pemanduan Basikal bagi mendapatkan lencana basikal. Ujian ini diadakan mengikut undang-undang jalan raya.

TKRS pula melakukan aktiviti memasak. Mereka belajar bagaimana menghidupkan api serta memasak. Kemudian mereka makan apa yang dimasak. Kelihatan berselera sekali.


Read more...

Perjumpaan Dengan Timbalan PPD Maran

Hari ini diadakan perjumpaan antara guru-guru tahun 6 dengan Timbalan PPD Maran.
Sebanyak 4 buah sekolah terdekat telah hadir iaitu SK J12 ( Tuan rumah), SK J13, SKJ21 dan SKJ22.

Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP