Sekolah Ku Sayang

>> Rabu, 8 Julai 2009

Kenali sekolah kita

Nama sekolah sebenarnya diambil bersempena dengan nama Jengka 12 . Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 12 menggunakan kod CBA9124. Sekolah ini mula dibuka pada tahun 1976. SKJ12 berada dalam daerah Maran dan bandar berhampiran ialah Bandar Tun Razak Jengka. Sekola rendah yang berdekatan ialah SK LKTP Jengka 9 dan SK LKTP Jengka 13 manakala sekolah menengah pula ialah SMK Jengka 12.

SK Jengka 12 mempunyai sebanyak 6 unit bangunan terdiri daripada satu unit blok pentadbiran, blok pembelajaran, satu blok bangunan makmal komputer dan satu blok yang menempatkan kantin sekolah.

Di samping itu juga, terdapat sebuah surau yang mana pembinaannya adalah usaha pihak sekolah dengan kerjasama PIBG. Surau ini dapat memuatkan sejumlah besar murid pada satu-satu masa.

Menerusi pentadbiran guru besar terkini, En.Mustafa bin Yahya, adalah diharapkan agar sekolah ini mampu menjadi salah sebuah sekolah yang cemerlang dalam semua bidang menjelang tahun 2010.

0 ulasan:

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP