H1N1 sana-sini

>> Rabu, 12 Ogos 2009

Kecoh pasal H1N1.
Cikgu-cikgu sekolah ni, ramai dah pakai topeng. Begitu juga murid-murid.
Semalam Sister Zainon dan kawannya dari Klinik Kesihatan Jengka 8 datang ke sekolah untuk memberi ceramah H1N1 ini.
Banyak info yang dapat walaupun tempoh ceramah lebih kurang setengah jam.
Sessi soal jawab juga rancak. Cikgu Suhaimi dan Cikgu Halim mengemukakan beberapa soalan kepada Nurse tersebut.

Tahniah, kerana dapat menjawab dengan baik.

Sama-samalah kita menjaga kesihatan dan keselamatan diri. Amalkan nasihat yang disampaikan oleh Nurse tersebut. Insyaalah kita akan dilindungi oleh Allah daripada Selsema B ini.

0 ulasan:

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP