Selamat Menyambut Ramadhan

>> Jumaat, 21 Ogos 2009

Esok bermulanya Ramadhan Al-Mubarak. Oleh itu selamat berpuasa.
Esok juga bermula cuti sekolah. Selamat bercuti.

Dalam masa cuti ini, murid-murid diingatkan supaya menjaga kesihatan diri.
Dengan wabak selsema B yang melanda kini, ada baiknya elakkan diri daripada pergi ke tempat awam, pasar-pasaraya, bazar ramadhan dan sebagainya. Jika terpaksa pergi, jangan lupa pakai topeng muka (bukan topeng ultraman).

Semua murid juga dibekalkan dengan modul kerja rumah. Modul itu telah diedarkan kepada semua murid. Para ibu bapa diharap dapat memantau kerja-muraja murid tersebut.
Setiap modul mengandungi 5 mata pelajaran iaitu B.Melayu, B.Inggeris, Mathematics, Science dan Agama Islam. Semua murid diingatkan supaya menyiapkan kerja tersebut pada masa cuti. Modul tersebut akan dikutip oleh guru kelas selepas cuti nanti.

Akhir kata selamat berpuasa dan selamat bercuti.

0 ulasan:

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP