Gaji Kakitangan Awam Naik 5 Tahun Sekali ?????

>> Selasa, 29 September 2009

Oleh SARIHA MOHD ALI
Sumber : cuepacs.blogspot.com


KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan melakukan semakan gaji 1.2 juta kakitangan awam setiap lima tahun sekali bagi membolehkan penyelarasan dibuat berdasarkan kos sara hidup semasa.

Semakan gaji terbaru yang dilakukan kerajaan pada 1 Julai 2007 dibuat selepas tempoh 25 tahun dan gaji yang diperoleh dengan kadar kenaikan antara 7.5 peratus hingga 35 peratus itu hanya mampu menampung kos sara hidup mereka sehingga tahun depan.

Pada masa ini, kakitangan awam khasnya bagi kumpulan sokongan hanya menikmati kenaikan gaji tahunan antara RM30 hingga RM70 setahun.

Presidennya, Omar Osman, berkata Cuepacs sudah menghantar memorandum kepada kerajaan berhubung perkara itu sebelum ini, malah Majlis Jawatankuasa Kerja Semakan Gaji Anggota Sektor Awam yang diwujudkan pihaknya akan mengatur perbincangan dan menghantar satu lagi memorandum terbaru kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, kegagalan melakukan semakan gaji yang perlu dilakukan tahun depan, bakal menjadikan kira-kira 200,000 daripada 600,000 kakitangan awam kumpulan sokongan dua berada dalam kategori rakyat termiskin dengan purata pendapatan keseluruhan kira-kira RM1,100 sebulan.

"Sudah tiba masanya gaji kakitangan awam disemak setiap lima tahun sekali dan jika formula itu dilaksanakan, ia mampu menyeimbangkan pendapatan mereka dengan kos sara hidup semasa yang semakin meningkat.
"Sebenarnya, gaji diperoleh kakitangan awam sejak 2007 hanya mampu menampung kehidupan mereka sehingga tahun depan dan semakan gaji wajar dilakukan semula pada 2011," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Omar berkata, gaji asas bagi pekerja kumpulan sokongan dua yang memiliki kelulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) ialah RM647 sebulan dan mereka mampu memperoleh purata RM1,100 sebulan selepas ditambah dengan elaun termasuk bagi perkhidmatan dan cola.

Beliau berkata, kehidupan di kota besar dengan kos sara hidup tinggi menyebabkan sebahagian besar kakitangan awam melakukan kerja sampingan.

"Unjuran peratusan kenaikan gaji dicadang dalam semakan itu akan dirujuk kepada perunding supaya kadarnya bersesuaian dengan keadaan ekonomi semasa," katanya

Read more...

Beginilah Nasib Guru

Dari kecil diajar menulis dan membaca. Guru mendidik tanpa mengira masa dan tenaga. Tidak pernah berkira, walaupun badan penat terasa. Demi anak bangsa tercinta. Walaupun kadangkala, diabaikan keluarga. Namun demi tugas, kami rela jua. Bekorban apa saja. Tapi apakah balasannya. Beginilah nasib guru......





Read more...

Hari Ini Hari Raya

>> Ahad, 20 September 2009

Selamat Hari raya kepada semua warga SK LKTP Jengka 12.
Maaf zahir bathin


Read more...

Majlis Khatam Al-Quran

>> Khamis, 17 September 2009

Sekarang sedang berlangsung Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran, Peringkat Sekolah

Tema : Al-Quran Penjana Modal Insan Cemerlang.





Read more...

Suara Azan Mengelilingi Dunia

>> Selasa, 15 September 2009

Suara azan tanpa henti mengelilingi dunia.
Itulah dia keagungan Islam

Read more...

Mengisi Borang Berasrama Penuh

Hari ini cikgu-cikgu sibuk mengisi borang berasrama penuh secara online.
Syukur Alhamdulillah. Siap semuanya...



Read more...

Raja Minyak

>> Jumaat, 11 September 2009

Sebagai melepaskan rasa gembira lepas UPSR, jomlah baca cerita ini untuk seronok-seronok.

Suatu hari 3 kanak-kanak berkumpul, mereka adalah anak kepada jutawan minyak yang kaya. Mereka bangga dan sombong dengan kehebatan bapa mereka.

Budak 1 : "Wooi, korang tau tak bapak aku adalah raja minyak tanah!! Sekali gali tanah keluar minyaknya."

Budak 2 : "Alah! baru macam tu dah bising. Bapak aku adalah raja minyak kayu!! sekali tebang kayu keluar minyaknya."

Budak 3 : "Hah!! macam tu pun nak sombong sangat ke... korang belum tau, bapak aku adalah raja minyak angin..!! Sekali buang angin keluar minyaknya."

Budak 1 Budak 2 : "??????"

sumber : gelihati.blogspot.com

Read more...

Merdeka..merdeka..merdeka

>> Khamis, 10 September 2009

Bulan kemerdekaan akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi iaitu ketika hari Malaysia nanti. Bagi murid-murid tahun 6, tepat jam 3.45 petang tadi, mereka boleh menarik nafas lega dan merdeka seketika. Ini kerana pada pukul 3.45 petang tadi berakhirnya ujian Aptitut Tahun 6. Ini bermakna tamatlah UPSR.

Bolehlah beraya dengan senang hati.

Selamat berpuasa dan selamat hari raya pada semua.

Read more...

UPSR bermula dan Uniknya UPSR tahun ini

>> Selasa, 8 September 2009

Hari ini peperiksaan bermula di seluruh Negara.
Uniknya UPSR tahun ini ialah :

1. Wujudnya Ujian Aptitud - Hari Khamis ini
2. Murid memakai mask dan juga diuji suhu badan
3. Pengawas peperiksaan juga kena pakai mask dan melakukan ujian suhu badan sendiri.
4. Pengawas peperiksaan dibekalkan dengan pencuci tangan.
5. UPSR kali ini kantin sekolah ditutup- puasalah.
6. Inilah kali pertama dalam tempoh 10 tahun saya tidak dapat bersama dengan murid tahun 6 ketika UPSR. Saya bertugas sebagai pengawas peperiksaan di SK LKTP Jengka 15.


Kepada murid-murid tahun 6 SK LKTP Jengka 12 diucapkan Selamat Maju Jaya.

Read more...

UPSR dah dekat

>> Selasa, 1 September 2009


SK Jengka 12 UPSR dah dekat

Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP