Tak guna pandai IT kalau.......

>> Selasa, 13 Oktober 2009

Hari ini blog sekolah kena godam. Kejadian disedari oleh Cikgu Sabriza dan Cikgu Zaki. Percubaan saya untuk log in gagal sebab password saya telah ditukar. Walau bagaimanapun akhirnya saya dapat juga blog ini semula.

Itulah dia manusia. Ada kebolehan IT tetapi tak gunakan pada cara yang betul. Kalau ada kebolehan tu, gunakan untuk kebaikan atau untuk meningkatkan ekonomi dan bukannya merosakkan hak milik orang lain. Perbuatan seperti ini tiada gunanya dan tidak mencerminkan kehebatan ilmu tetapi lebih kepada kerosakan akhlak pelaku itu sendiri.

Apa salahnya blog sekolah ini. Ianya hanya memaparkan aktiviti-aktivit sekolah. Tidak ada apa yang hendak didengkikan dan tidak ada yang hendak dimusnahkan. Banyak blog-blog yang tak senonoh dalam internet ni, kenapa tak cuba basmi. Tunjukkan kehebatan anda di sana. Bukannya memusnahkan blog yang tak seberapa ini.

Oleh itu, suka saya menasihatkan kepada pelaku perbuatan ini, carilah kerja lain yang lebih berfaedah dan bermanafaat kepada masyarakat dan negara. Insaflah dan cerminkan diri sendiri. Jika anda rasa anda hebat, ada yang lebih hebat sebenarnya daripada anda. Cuma anda belum bertemu buku dengan ruas saja.

Cermin Diri Hiasi Peribadi

0 ulasan:

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP