Selamat Hari Raya Aidil Adha

>> Khamis, 26 November 2009

Selamat Hari Raya kepada semua warga Sk Jengka 12, murid-murid, ibu-bapa serta penduduk-penduduk Jengka 12.

Read more...

Hari Terakhir persekolahan

>> Jumaat, 20 November 2009

Hari ini ialah hari terakhir persekolahan.
Ada banyak acara jamuan hari ini.
Kesemua jemputan kena pergi.
Yang belanja diucapkan terima kasih.
Selamat berrcuti kepada semua warga SKJ12.
Yang tahun 6, ingatlah pesanan ini. Bila dah tinggalkan sekolah ini, jangan panjat rumah guru. Ingat jasa guru.

Murid-murid lain juga diucapkan selamat bercuti. Jangan lupa belajar. Jangan lupa membaca.
Jaga keselamatan diri musim banjir ni. Begitu juga kesihatan.
Semoga 2009 yang ditinggalkan akan memberi makna yang begitu besar dalam kehidupan kita dan tahun 2010 akan menjadi lebih cemerlang, lebih gemilang dan lebih terbilang.

Jumpa lagi tahun depan.

Gambar Murid Cemerlang (5A)



Gambar Hari Terakhir Persekolahan




Read more...

Keputusan UPSR Cemerlang. 9 orang 5A

>> Khamis, 19 November 2009

Hari ini keputusan UPSR telah keluar. SK Jengka 12 mendapat keputusan cemerlang. SK Jengka 12 menjadi sekolah terbaik FELDA Wilayah Jengka. Kedudukan dalam Daerah Maran pula ialah di tangga ke 8 dari 53 buah sekolah.

Berikut keputusan UPSR SK LKTP Jengka 12

Peratus : 90 % meningkat 42% berbanding tahun 2008
GPS : 1.71
5A : 9 orang
4A 1B : 4
4A 1C : 1
3A 2B : 5

Peratusan mengikut matapelajaran

1. Pemahaman : 100%
2. Penulisan : 92.5%
3. Bahasa Inggeris : 97.5%
4. Mathematics : 100%
5. Science : 97.5%

Senarai Nama Murid yang dapat A dalam semua matapelajaran

1. Aidil Arafat Ismail
2. Ainaa Syafina Abd Hamid
3. Amirul Hazim Mahmud
4. Intan Amani Mat Raza
5. Nor Zaidatul Najwaa Mat Zaabar
6. Nurfarahin Atiqah Mustafa
7. Ridhwan Azodin
8. Quratul aini bt Khairuddin
9. Siti Norzolilah Idris



Acara Penyampaian Keputusan UPSR

Read more...

Membuat scrool

>> Selasa, 17 November 2009

Dalam chatbox, Protozoa ada bertanya cara nak buat scroll. Kena guna sedikit bahasa pengaturcaraan .Ini caranya...

Guna aturcara di bawah ini. Kemudian copy dan paste dalam html/javascript dalam rekaletak blog. Klik gambar di bawah untuk lebih besar.





Aturcara di atas tu jadi macam di bawah ni.


TAJUK CATATAN ANDA





Catatan 1

Catatan 2








Harap dapat membantu

Read more...

Malu Bertanya Sesat jalan

>> Khamis, 12 November 2009

Hari ini Buletin PSS telah keluar. Semua sekolah telah menghantar Buletin PSS masing-masing. Tapi ada juga sekolah yang sepatutnya menghantar Buletin PSS tetapi hantar laporan peperiksaan. Tak pergi mesyuaratlah tu.

Tapi ada juga sekolah yang menghantar coretan sekolah sendiri tetapi menyindir sekolah lain. Anda boleh baca sendiri coretan cikgu itu dalam Buletin PSS.(lebih dari satu muka)
Seorang guru dari sekolah yang paling dekat dengan SK Jengka 12 telah sesat dan berlegar-legar di kawasan FELDA selama sejam sebelum berjumpa sekolah. Tersesat ke alam lain ke?

Bayangkan, guru dari sekolah berdekatan yang jaraknya tidak sampai 10 km sesat untuk ke SK Jengka 12. Tak bercampur dengan masyarakatkah? Berat mulut untuk bertanya? Sombonglah tu.

Guru itu juga berkata " dia sampai waktu tengah hari, orang semua duduk dalam rumah, tak boleh nak bertanya" Jengka 12 ada ribuan penghuni. Mustahil semua berkurung dalam rumah. Perintah berkurung ke di sini. Malu bertanya sesat jalan.

Dia juga menyidir Guru Besar SK Jengka 12 dengan bertanya " Siapakah Guru Besarnya??? Memang tidak bercampur dengan masyarakat. Ibarat katak di bawah tempurung. Guru besar SKJ9 kami tahu. Bekas guru besar mereka kami tahu. Guru Besar SKJ9 sebelum-sebelum itu pun kami tahu. Dia tidak kenal GB SKJ12 . Sombong..

Buletin PSS sepatutnya memaparkan aktiviti sekolah lain. Bukan untuk menyindir sekolah lain dan guru Besar sekolah lain. Cuba lihat sekolah lain. Buletin sekolah mereka semuanya memaparkan aktiviti sekolah sendiri, dan bukannya menyindir sekolah orang lain.

Apapun, kami menuntut penulis itu memohon maaf kepada Guru Besar SK Jengka 12 atas sindirannya itu. Hanya maaf sahaja yang diterima.

Akhirnya ingatlah : MALU BERTANYA SESAT JALAN.

Penulis Buletin SKJ9 hendaklah mencetak pelan ini, jika hendak ke SKJ12. Itupun kalau tidak tahu membaca papan tanda. ( Terdapat 3 papan tanda ke SKJ12, di simpang-simpang) Jika perlukan bantuan lain, boleh gunakan Google Maps.

Jika tak tau guna google maps , saya cadangkan anda guna GPS.

Read more...

Minggu Sukan

>> Rabu, 11 November 2009

Hari Isnin
pada hari Isnin yang lepas telah diadakan kejohanan merentas desa. Kejohanan ini disertai oleh murid-murid tahap 2.

Hari Selasa
raptai Penuh hari sukan telah diadakan. Guru-guru juga terlibat dengan gotong royong persiapan hari sukan.

Hari Ini

Kejohanan sukan sekolah telah diadakan. mendapat sambutan yang hangat dari penduduk Jengka 12.
Keputusan Muttakhir

Johan : Rumah Merah
N/Johan : Rumah Hijau
tempat Ke-3 : Rumah Biru

Gambar-gambar akan diupload nanti

Read more...

Aktiviti Sepanjang Minggu

>> Khamis, 5 November 2009

Murid tahun 6 pada minggu ini terlibat dengan ceramah daripada agensi-agensi kerajaan.
Bermula dari hari Isnin hingga hari ini

Isnin : Ceramah oleh Pengetua dan Kaunselor SMK Jengka 12.
( Persediaan ke sekolah Menengah)

Selasa : Ceramah dari Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut.
( Doktor Ghadafi dari Klinik Jengka Lapan dan dua orang jururawat)

Rabu : Ceramah Dari Pihak Polis
( Sarjan Mejar Azhar dari Balai Polis B.Pusat)

Khamis : Ceramah Dari Agensi dadah Kebangsaan
( En Amirullah & En Farid )

Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP