Sambutan hari Guru Peringkat Sekolah

>> Isnin, 17 Mei 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan pada hari ini dengan tema " Guru Pembina Negara Bangsa".

Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengacara majlis, Cikgu Zaki. Kemudian diikuti oleh bacaan doa oleh Ustaz Mohd sabri bin Abdullah. Seterusnya perutusan YAB Menteri Pelajan Malaysia dibacakan oleh Tuan guru Besar.

Aturcara seterusnya ialah bacaan ikrar guru dan nyanyian lagu Guru Malaysia.
Seterusnya persembahan oleh murid-murid tahun 6 dan Pra Sekolah.

Acara diteruskan lagi dengan nyanyian solo diiringi petikan gitar sendiri oleh Cikgu Zaki. Murid-murid menikmati makanan percuma hari ini sempena hari guru.

Selepas rehat, acara sukaneka dijalankan. Terdapat pelbagai acara yang diadakan. Acara kemuncak pada hari ini ialah penyampaian hadiah sukaneka, pertukaran hadiah serta jamaun makan tengahari.

0 ulasan:

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP