Aktiviti Murid Tahun 6 Selepas UPSR

>> Khamis, 29 September 2011

Pada minggu lepas dan minggu ini beberapa aktiviti bagi tahun 6 telah dijalankan.

Minggu lepas.

Murid tahun 6 membantu guru dalam persiapan mengadakan majlis persaraan Mantan GB SKJ12, Encik Mustafa bin Yahya. Mereka turut terlibat dalam perarakan, dan persembahan.

Terima kasih diucapkan kepada murid tahun 6 kerana telah membantu dalam menjayakan majlis tersebut.

Minggu ini.

Pada minggu ini, semua guru bermesyuarat untuk membincangkan aktiviti tahun 6.
Lantaran itu, beberapa aktiviti terus dilaksanakan.

Rabu: Sebelum rehat : Permainan bola tampar
Selepas rehat : Permainan dalaman & perseiapan untuk aktiviti persembahan

Khamis : Sebelum rehat : Futsal
Selepas rehat : Permainan dalaman & perseiapan untuk aktiviti persembahan

0 ulasan:

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP