Jamuan Akhir Tahun

>> Ahad, 20 November 2011

Hari ini diadakan jamuan akhir tahun Kelab Guru bersama dengan Jamuan Tahun 6.
Ianya diadakan di Felda Residence, Tekam Plantation Resorts.

Semua guru dan murid tiba seawal 9 pagi lagi.
Selepas mandi di kolam , acara penyampaian cendera hati kepada semua guru dan murid diadakan.

Turut hadir : Guru Besar : Puan Rusni
YDP PIBG : En Zulkifli
Wakil FELDA En Shamsuhaiza
Pengetua SMK Jengka 12 : En Bahari
Guru Besar SK Jengka 11 : Encik Tharmizi

Read more...

Hari terakhir prsekolahan sessi 2011

>> Jumaat, 18 November 2011

Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan. Guru sibuk menyiapkan tugasan yang belum selesai.

Majlis penyampaian failperibadi tahun 6, sijil juga diadakan.

Cuti ini, murid tahun 5 terlibat dalam kelas tuisyen sebagai persiapan awal untuk UPSR 2012.

Selamat bercuti.

Read more...

Keputusan UPSR 2011

>> Khamis, 17 November 2011

Akan dikemaskini

Read more...

Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Pra Sekolah

Hari ini berlangsung Majlis Hari Anugerah Cemerlang dan graduasi Prasekolah.
--Maklumat akan diupdate nanti--

Read more...

Ceramah AADK

>> Khamis, 3 November 2011

Hari ini ceramah aktiviti tahun 6 ialah ceramah AADK.
Ianya disampaikan oleh En mohd Nawawi Bin Haji Masrol, Pembantu antidadah dari Agensi Antidadah Kebangsaan Cawangan Maran.










Read more...

Aktiviti Sekolah Semalam Dan hari Ini

>> Rabu, 2 November 2011

Semalam...

Ceramah Jenayah oleh Polis Bandar Jengka.


Hari ini:

1. Pelancaran

2. Ceramah oleh Dr Ghadafi dari Klinik Jengka 8.
1. Kebersihan
2. Kesihatan
2. Rokok

Read more...

Ceramah Ke sekolah Menengah

>> Isnin, 31 Oktober 2011

Hari ini murid tahun 6 terlibat dalam ceramah yang disampaikan oleh Cikgu Khalib, kaunselor SMK Jengka 12.

Ianya bertujuan untuk memberi gambaran awal kepada murid tentang sekolah menengah.

terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah menengah atas kesudiannya hadir dalam menjayakan aktiviti tahun 6

Read more...

Perkhemahan Unit beruniform

>> Khamis, 13 Oktober 2011

Perkhemahan unit beruniform telah dijalankan pada hari semalam.
Seramai 73 orang murid tahap 2 telah terlibat.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah

1. Memasang khemah
2. PT Pagi
3. Ikatan
4. Pertandingan memasak
5. Explorace mini
6. Sukaneka

Read more...

Aktiviti Murid Tahun 6 Selepas UPSR

>> Khamis, 29 September 2011

Pada minggu lepas dan minggu ini beberapa aktiviti bagi tahun 6 telah dijalankan.

Minggu lepas.

Murid tahun 6 membantu guru dalam persiapan mengadakan majlis persaraan Mantan GB SKJ12, Encik Mustafa bin Yahya. Mereka turut terlibat dalam perarakan, dan persembahan.

Terima kasih diucapkan kepada murid tahun 6 kerana telah membantu dalam menjayakan majlis tersebut.

Minggu ini.

Pada minggu ini, semua guru bermesyuarat untuk membincangkan aktiviti tahun 6.
Lantaran itu, beberapa aktiviti terus dilaksanakan.

Rabu: Sebelum rehat : Permainan bola tampar
Selepas rehat : Permainan dalaman & perseiapan untuk aktiviti persembahan

Khamis : Sebelum rehat : Futsal
Selepas rehat : Permainan dalaman & perseiapan untuk aktiviti persembahan

Read more...

Majlis Persaraan Tuan Guru Besar

>> Khamis, 22 September 2011

Hari ini merupakan hari yang bersejarah. Ia merupakan hari bersejarah Tuan guru Besariaitu hari persaraan beliau.Sekolah juga turut dihias indah

1.Acara dimulakan dengan perarakan guru-guru dan murid.
2. Cikgu Bukhari mengambil tuan guru besar di rumahnya dengan menggunakan kereta yang dihias.
3. Ketibaan GB disambut dengan laungan selawat
4. Seterusnya ialah ucapan alu-aluan pengacara majlis
5. Bacaan doa oleh Ustaz Mohd Sabri
6. Ucapaun YDP PIBG , En Zulkifli Esa
7. Ucapan Wakil Guru . En Mohd zaki bin Harun
8. Bacaan bioadata GB
9. Persembahan Multimedia
10. Ucapan Tuan GB
11. Majlis penyampaian cenderahati
12. Majlis memotong kek persaraan dan hari lahir
13. Jamuan
15. Perarakan keluar disertai dengan lambaian daripada semua murid dan guru

Terima kasih kepada yang telah hadir dan menjayakan majlis ini.

Persembahan Multimedia





Perarakan



Persembahan Murid + Guru

Read more...

UPSR

>> Selasa, 13 September 2011

Hari ini semua murid tahun 6 menghadapi UPSR.
Mata pelajaran yang terlibat ialah
BM Pemahaman
BM Penulisan
Mathematics Paper 2

Semoga semua berjaya.

Read more...

Majlis Khatam Al-Quran dan Pra Persaraan Tuan Guru Besar

>> Ahad, 28 Ogos 2011

Semalam berlangsung majlis Khatam Al-Quran dan juga pra persaraan tuan guru besar.

Aturcara majlis:

1. Perarakan dari pintu pagar sekolah ke dewan
2. Majlis Khatam Al-Quran
3. Persembahan Nasyid
4. Penyampaian cenderahati dan juga duit raya kepada anak-anak yatim dan semua murid
5. Majlis bermaaf-maafan

Majlis persaraan akan diadakan secara rasmi selepas peperiksaan UPSR.

Read more...

Perjumpaan Bersama Ibubapa/penjaga calon UPSR

>> Jumaat, 29 Julai 2011

Hari ini berlangsung perjumpaan bersama ibubapa/penjaga calon UPSR 2011 di dewan sekolah kali ke 3.
Ianya bertujuan untuk membentangkan prestasi semasa murid tahun 6 yang bakal menduduko peperiksaan tidak lama lagi.
Berikut ialah aturcara perjumpaan.

1. Ucapan alu-aluan pengacara majlis - Encik Ahmad Sokri Othman
2. Bacaan doa oleh Ustaz Mohd Sabri Abdullah
3. Perbentangan prestasi murid tahun 6 oleh GPK Kurikulum
4. Perbentangan aktiviti tahun 6 dan laporan kewangan oleh Puan Norkhafizah Md Som
5. Ucapan tuan Guru besar- En Mustafa bin Yahya
6. Ucapan wakil pengurus FELDA Jengka 12- En Mohd Shamsuhaiza bin Suhaimi
7. Penyampaian cenderahati kepada murid cemerlang percubaan UPSR.
6. Majlis Jamuan
7. Bersurai

Dengan berlangsungnya perjumpaan ini, ibubapa dapat mendapat maklumat terkini mengenai prestasi anak-anak mereka.

Read more...

Peperiksaan Percubaan

>> Selasa, 19 Julai 2011

Hari ini berlangsung peperiksaaan Percubaan 2011 bagi murid tahun 6.
Peperiksaan dijalankan di dewan sekolah mengikut susunan angka giliran UPSR.

Read more...

Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

>> Sabtu, 2 Julai 2011

Larian serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia telah diadakan pada hari ini serentak di seluruh Malaysia

Read more...

Cara membina soalan Zoom-A

>> Selasa, 28 Jun 2011

Guru dan juga murid-murid SK Jengka 12 sekarang kini telah menggunakan Zoom-A sebagai kaedah terkini dalam P&P.

Di bawah ialah video mengenai cara-cara untuk guru-guru membina soalan Zoom-A.

Selamat Mencuba

Read more...

Ceramah motivasi dan Rundingcara Akademin

Hari ini berlangsung ceramah motivasi yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Nazri Bin Haji Mohd Nor, pensyarah UiTM Pahang.

Read more...

Kawat Kebakaran & Ceramah Kebakaran

>> Khamis, 23 Jun 2011

Hari ini berlangsung aktiviti kawat kebakaran dengan kerjasama dari Pasukan Bomba Dan Penyelamat Bandar Jengka.

Aktiviti yang berlangsung ialah:

1. Pengosongan bangunan
2. Ceramah
3. Demonstrasi memadam kebakaran

Sekalung ucapan terima kasih kepada pegawai dan anggota bomba Bandar Jengka kerana sudi menjayakan aktiviti ini.

Read more...

Latihan Kawat Kebakaran Siri 2

>> Jumaat, 17 Jun 2011

Latihan kawat kebakaran telah diadakan sekali lagi pada hari ini. Ini bagi membuat pembetulan bagi latihan yang telah diadakan sebelum ini.

Pada hari ini, semua warga sekolah terlibat, termasuk pengusaha kantin.

Read more...

Latihan Kawat Kebakaran Siri 1

>> Rabu, 15 Jun 2011

Semalam telah diadakan latihan kebakaran. Pada pukul 12.30pm, loceng panjang dibunyikan. Semua murid mula bergerak ke tempat yang ditetapkan.
Latihan ini diadakan bagi persediaan menghadapi sekiranya berlaku kebakaran.









Read more...

Sekolah Mula Bercuti

>> Sabtu, 28 Mei 2011

Sekolah mula bercuti pada hari ini.
Walau bagaimanapun, murid tahun 6 terlibat dgn kelas-kelas tambahan dan juga bengkel menjawab soalan.

Semoga usaha ini akan membawa kejayaan.

Read more...

Pemantauan PPda

>> Rabu, 25 Mei 2011

Hari ini sekolah telah dilawati oleh Pegawai PPDa, PPD Maran, En Mohd Jasmi Bin Jaafar.
Terima kasih diucapkan atas pemantauan yang dibuat.
Semoga pemantauan yang dibuat akan memberi idea kepada sekolah dalam memperkemaskan lagi PPda sekolah.

Terima aksih diucapkan.

Read more...

P2 bermula

>> Isnin, 23 Mei 2011

P2 tahun 2-5 dan P3 tahun 6 bermula pada hari ini.
Diharap semua murid bersedia.
Semoga berjaya.

Read more...

Hari Kesihatan Dan Pencegahan Denggi

>> Jumaat, 20 Mei 2011

Semalam berlangsung Hari Kesihatan Dan Pencegahan Denggi. Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Antaranya ialah gotong-royong, tayangan video, pameran kesihatan, ceramah, pemeriksaan kesihatan percuma dan lain-lain.

Terima kasih diucapkan kepada PKD Jerantut dan poliklinik maran kerana turut serta dalam program ini.

Read more...

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

>> Isnin, 16 Mei 2011

Sambutan hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan pada hari ini dengan tema " Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"

Pelbagai aktiviti telah dirancang oleh Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan.
Terima kasih juga kepada penyumbang hadiah dan tajaan makan. Antaranya dari Tuan Pengurus Felda Jengka 12 ( Kek dan Pizza), Cikgu Halim ( Sate), Pengusaha Kantin ( Kek). Tak lupa juga kepada tuan GB yang telah menaja ikan patin sungai. (Bukan Patin Sangkar atau Kolam. ) Dimasak Gulai Tempoyak oleh pengusaha kantin.Dengar khabarnya hari Khamis ni ada lagi. Terima kasih daun keladi.

Selamat Hari Guru kepada semua Guru SK Jengka 12 dan guru-guru 1 Malaysia.




Read more...

Persiapan Sempena Hari Guru

>> Khamis, 12 Mei 2011

Persiapan sempena hari guru rancak berjalan.
Kelihatan cikgu Zaki sibuk mengendalikan latihan persembahan hari guru.
SK Jengka 12 dan semua guru Malaysia.

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Read more...

Selamat Bercuti dan selamat berbengkel

>> Sabtu, 12 Mac 2011

Sekolah mula bercuti sehingga 20.03.2011.
Murid-murid tahun 6 akan terlibat dengan Bengkel Menjawab Soalan.

Isnin : Sains
Selasa: Bahasa Melayu
Rabu : Matematik
Khamis : Bahasa Inggeris

Bengkel ini akan dikendalikan oleh guru pakar @ pemeriksa kertas UPSR yang dijemput oleh pihak sekolah.

selamat berbengkel.

Read more...

Peperiksaan P1

>> Selasa, 8 Mac 2011

Perperiksaan P1 daerah Maran untuk tahun 2-6 bermula pada hari ini.

Mata Pelajaran yang terlibat

BM Pemahaman
BM Penulisan
Mathematics Paper 1
Mathematichs Paper 2

Read more...

Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke 25

>> Isnin, 7 Mac 2011

Kejohanan Sukan Tahunan kali ke 25 telah berlangsung semalam.
Gambar-gambar telah diupload dalam facebook sekolah.
Perasmian disempurnakan oleh En Mohd Yazid Bin Abdullah, Tuan Pengurus Jengka 12.

Johan : Rumah Kuning.
Olahragawan : Aiman Izuddin
Olahragawati : Iza Syafina

Guru besar juga mengumumkan bahawa sekolah cuti pada hari Isnin.

Read more...

Sambutan Maulidur Rasul

>> Jumaat, 25 Februari 2011

Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah.
Aktiviti perarakan juga turut diadakan.

Ceramah Maulidur Rasul disampaikan oleh

Muhamad Azri Bin Shamsuddin
Iman 1 Masjid Jami` Bandar Karak.

Read more...

Sessi Persekolahan 2011 bermula

>> Isnin, 3 Januari 2011

Sessi persekolahan 2011 bermula pada hari ini.
Selamat Belajar diucapkan kepada semua murid.
Semoga Tahun 2011 akan membawa kecemerlangan kepada SK Jengka 12.

Selamat Maju Jaya

Kecemerlangan Adalah Keutamaan Kami

Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP