Matematik : Video Cara mudah menyebut nombor

>> Rabu, 18 Julai 2012

Di bawah ialah cara mudah untuk menyebut nombor. Ianya sesuai untuk murid sekolah rendah terutama murid tahun 5 dan 6. Tahun 3 dengan 4 pun ok sesuai juga. Jom belajar.

Read more...

Video Sambutan Senamrobik Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia.

>> Selasa, 10 Julai 2012


Senamrobik Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia. Senamrobik serentak Seluruh Negara

Hari ini diadakan Senamrobik Serentak 1 Murid 1 Sukan yang diadakan serentak seluruh Malaysia.
Acara bermula pada pukul 8 pagi dengan sessi pendaftaran. Selepas itu diikuti dengan aktiviti memanaskan badan. Cuaca yang kurang baik pada hari ini, maka tempat senam robik ditukar ke dalam dewan. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan.   Ini kerana dewan tidak mampu memuatkan serentak kesemua murid pada hari ini. Aktiviti senamrobik dilakukan secara bergilir-gilir, namun ramai guru yang turut serta kedua-dua sessi.
Banyak lemak cikgu musnah pada hari ini.

Murid kelihatan gembira dan semua guru juga turut terlibat. tahniah diucapkan kepada semua murid dan guru SK Jengka 12.

Read more...

Jadual Kedatangan Murid (Register) Cara mengira Kehadiran Murid ) Setiap Bulan

>> Khamis, 5 Julai 2012

Kehadiran murid direkod setiap hari persekolahan. Pada setiap hujung bulan, para guru kelas mulalah menjadi akauntan. Bukan kira duit, tetapi kira kehadiran murid. Maka ramailah guru menekan kalkulator. Yang jadi problem sikit ialah apabila ada murid keluar atau masuk di tengah-tengan bulan. Aduh...pening juga memikir nak tolak ke nak tambah ke.

 Bagi memudahkan cikgu-cikgu mengira setiap bulan, maka saya buatlah satu program yang simple sahaja. Isi data kehadiran, selepas itu salin je dalam buku kedatangan. Setiap kali selepas mengisi data, cikgu kena "save" sebab untuk memudahkan mengisi bulan depan. 

 Jadi program guna MS Excel sahaja. Tak canggih pun. Cuma mudahlah sikit nak mengira. Tak payah guna kalkulator lagi. Cuma isi data sahaja. Selepas itu, salin sahaja resultnya dalam buku biru tu. Kalau ada murid keluar masuk pun boleh kira. 

Sebelum download, harap kalau ada kesilapan pada program ni, bolehlah maklumkan kepada saya . Bagi tahu sahaja kat chat box. Atau email kat sekolah. Kalau nak email guna browser IE dan  Klik "hubungi kami
Nanti ceritalah masalahnya.. apa yang kurang...salah formula ke? jangan malu-malu :-)

 Ok..boleh download sini... DOWNLOAD 

Cikgu-cikgu jangan jual tau...Kalau kawan-kawan nak, bagi free jer :-) 
Bukan canggih pun, buat malu jer jual..

Read more...

Semakan Ibu Bapa (SAPS)

>> Jumaat, 29 Jun 2012

Hari  ini diadakan menandatangani buku rekod profil murid sempena Peperiksaan Pertengahan Tahun.
Ianya untuk murid Tahun 3 hingga 6.
Walaupun ibu bapa sudah boleh menyemak markah  peperiksaan anak-anak melalui Sistem Aplikasi Peperiksaan Sekolah (SAPS) secara online, namun  perjumpaan ibu-bapa dan guru masih lagi relevan.
Ibu bapa boleh berbincang dan bertanya kepada guru mengenai prestasi anak-masing-masing.

Ibu bapa yang tidak dapat hadir boleh melihat markah peperiksaan anak masing-masing melalui URL http://saps.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

Cara  untuk membuat semakan ditunjukkan seperti di bawah.




Read more...

Majlis Persaraan En Hassan Bin Ibrahim

>> Selasa, 3 April 2012

Hari ini berlangsung majlis persaraan En Hassan bin Ibrahim, mantan GPK1 SK Jengka 12

Read more...

Pelancaran Minggu Antidadah 2012

>> Isnin, 26 Mac 2012

Hari ini diadakankan majlis pelancaran Minggu Anti Dadah.
Ianya disempurnakan oleh GPK HEM yang bertindak mewakili Guru Besar.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah
1. Ucapan Perasmian
2. Pelacaran Minggu Antidadah
3. Ikrar Anti Dadah
4. Persembahan Lagu " Kami Anak Merdeka" oleh murid2 tahun 4
5. Nyanyian lagu " Kami Anti dadah" oleh para guru dan murid.

Read more...

Mesyuarat Agung PIBG

>> Khamis, 8 Mac 2012

Petang ini diadakan Mesyuarat Agung PIBG.
Perasmian disempurnakan oleh YB Dato' Wan Amizan, bekas murid SK Jengka 12 yang juga merupakan ADUN Tahan.

Read more...

Majlis Pelancaran Program Guru Penyayang

>> Jumaat, 2 Mac 2012

Hari ini berlangsung Program Guru Penyayang peringkat sekolah dan program mentor mentee.

Para guru berada di sekolah seawal 6.30 pagi menunggu murid datang ke sekolah.
Semua murid diberi hadiah penanda buku. 10 orang murid yang datang paling awal juga menerima hadiah.

Acara dewan dimulakan dengan Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Pahang dan sekolah.
Seterusnya ucapan Tuan Guru Besar dan upacara perasmian iaitu gimik pelancaran.

Kemudian tayangan persembahan multimedia.




Seterusnya ialah acara persembahan guru dan juga murid.


Ketika rehat, semua murid makan bersama sambil dilayan oleh para guru. Kelihatan guru yang menuangkan minuman kepada murid.

Acara bersambung selepas rehat ialah acara pembahagian mentor dan mentee.

Murid memberikana hadiah kepada mentor. ( Hadiah disediakan oleh kedai buku sekolah)
Guru pula memberi hadiah kepada mentee ( Hadiah disediakan sendiri oleh mentor)

Acara kemuncak ialah nyanyian lagi hari lahir kepada murid yang menyambutnya pada minggu ini. Guru besar menyampaikan hadiah hari jadi kepada murid.

Acara berakhir pada pukul 12 tengahari.

Read more...

Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi

>> Khamis, 12 Januari 2012



Burung pegar jantan

Dahulu, burung pegar digunakan untuk memakan serangga di sawah padi. Namun burung ini juga turut makan padi. Sebab itulah, peribahasa Melayu wujud berdasarkan pemerhatian orang dahulu.

Harapkan pegar, pegar makan padi.

'Orang yang diharapkan untuk menjaga sesuatu, namun orang tersebut berlaku khianat dan berpaling tadah'

Peribahasa “ Harapkan pagar , pagar makan padi” adalah salah.
Ini kerana sawah padi biasanya tidak berpagar. Dan pagar juga tidak makan.
Kesilapan ini terjadi kerana kesilapan menterjemah tulisan jawi ke rumi.



kredit: tokobakso

Read more...

Jamuan Akhir Tahun

>> Ahad, 20 November 2011

Hari ini diadakan jamuan akhir tahun Kelab Guru bersama dengan Jamuan Tahun 6.
Ianya diadakan di Felda Residence, Tekam Plantation Resorts.

Semua guru dan murid tiba seawal 9 pagi lagi.
Selepas mandi di kolam , acara penyampaian cendera hati kepada semua guru dan murid diadakan.

Turut hadir : Guru Besar : Puan Rusni
YDP PIBG : En Zulkifli
Wakil FELDA En Shamsuhaiza
Pengetua SMK Jengka 12 : En Bahari
Guru Besar SK Jengka 11 : Encik Tharmizi

Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP