Taklimat Minggu Anti Dadah

>> Jumaat, 27 Februari 2009

Taklimat pelancaran minggu anti dadah kepada semua guru diadakan di bilik gerakan.
Minggu anti dadah akan diadakan bermula Isnin ini sehingga hari Jumaat.

Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah:
1. Bacaan perutusan dari YAB Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussin, Menteri Pelajaran Malaysia.
2. Ikrar anti dadah
3. Gimik
4. Pertandingan Menulis esei Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
5. Pertandingan Menulis Puisi
6. Pertandingan Mewarna Tahap 1
7. Pertandingan Melukis Poster Tahap 2
8. Pertandingan buku Skrap
9. Kuiz Anti Dadah
10. Tazkirah Anti dadah
11. Mesej 5 Minit - dadah
12. Ceramah Anti Dadah
13. Melancarkan Blog PPDa-skj12
14. Penambahbaikkan sudut PPDa

Read more...

Pertandingan Bercerita dan Berpidato Peringkat Sekolah

>> Jumaat, 20 Februari 2009

Hari ini berlangsung pertandingan bercerita dan berpidato peringkat sekolah.
Ianya bertujuan untuk mencungkil bakat yang akan diketengahkan di peringkat zon nanti. Pertandingan di peringkat zon akan diadakan di SK Jengka 22.
Keputusan pertandingan tidak dapat diumumkan pada hari ini kerana kesuntukan masa.
Majlis penyampaian hadiah akan diadakan pada hari Isnin ini ketika perhimpunan.

Gambar-gambar sekitar acara



Antara para penonton




Pengacara Majlis



Camera Man, tugasnya membuat lintas langsung



Hakim sedang bertugas




Hakim juga ni...



Bakal Yang Berhormat











Antara para peserta



Kalau ada yang tak nampak, skrin besar disediakan secara langsung dari Dewan SKJ12.
Macam Astrolah pulak.

Read more...

Latihan Bola-baling dan bola sepak

>> Rabu, 18 Februari 2009

Latihan bola baling dan bola sepak berlangsung seperti biasa pada pukul 5.30 petang ini. Ini bagi mempersiapkan pasukan sekolah dalam menghadapi kejohanan peringkat zon nanti.

Read more...

Mesyuarat Pelan Tindakan dan pelan Strategik

Hari ini berlangsung mesyuarat pelan tindakan dan pelan strategik bersama tuan guru besar. Sasaran Matematik pada tahun ini ialah 100%. Juga dibentangkan aktiviti Utama, sokongan, dan sampingan untuk mencapai sasaran tersebut.

Read more...

Kejohanan Olahraga MSSM Zon Jengka

>> Isnin, 16 Februari 2009

Persiapan terakhir kontijen sekolah dibawah jurulatih Cikgu Iswandi.
Esok akan diadakan kejohanan tersebut di Stadium Mini Bandar Tun Razak Jengka.
Pasukan sekolah telah siap berlatih beberapa minggu yang lalu.

Pasukan bola baling sekolah dan bola sepak juga bersedia dengan latihan setiap petang.Pada tahun ini SKJ12 akan menjadi tuan rumah kejohanan Bola Baling.
Latihan Intensif setiap petang akan bermula pada hari esok.

Read more...

Mesyuarat PPDa

>> Khamis, 12 Februari 2009

Mesyuarat PPDa berlansung di bilik Garakan pada hari ini.
Membincangkan aktiviti-aktiviti tahun ini serta membina pondok Anti Dadah.

Read more...

Kejohanan Bola Tampar

>> Selasa, 10 Februari 2009

Hari ini SKJ12 menghantar pasukan bola tampar lelaki dan perempuan ke kejohanan bola tampar zon jengka di SKJ16. Keputusan akan disiarkan esok.
Selain dari itu pasukan olahraga sekolah akan memulakan latihan esok.

Read more...

Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu

>> Isnin, 9 Februari 2009

Mesyuarat panitia Bahasa Melayu diadakan di bilik gerakan.
Kehadiran GPK 1 serta semua guru Bahasa Melayu.
Membentangkan aktiviti panitia BM, laporan setiap kelas, kelemahan dan kekuatan, program kokuria dan sebagainya.

Read more...

Menuntut Ilmu Adalah Ibadah

Perhimpunan pada hari ini mengutarakan tajuk Menuntut Ilmu Adalah Ibadah.
Guru Bertugas : En Ahmad Sokri Othman.
Ringkasan ucapan:
Menjelaskan kepada murid bahawa menuntut ilmu adalah sangat dituntut dalam Islam dan ianya merupakan satu ibadah yang akan diberi ganjaran pahala. Yang paling penting ialah niat. Niat ke sekolah hanyalah kerana Allah dan tidak pada yang lain.
Seterusnya restu ibu-bapa, mendengar kata-kata guru. Selain daripada itu budaya meniru perlu dielakkan. Sekiranya perkara seperti ini dapat dilakukan, menuntut ilmu akan menjadi satu ibadah.

Read more...

Perjumpaan Ibu Bapa Penjaga Tahun 6

>> Khamis, 5 Februari 2009

Hari ini berlangsung perjumpaan ibu-bapa dan penjaga tahun 6.
Majlis membincangkan mengenai pencapaian murid, TOV dan sebagainya.
Juga dibentangkan perancangan Program Kecemerlangan Tahun 2009.
Kehadiran ibu bapa adalah baik.

Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP