Selamat Bercuti

>> Khamis, 28 Mei 2009

Esok adalah hari terakhir persekolahan untuk semester ini. Sekolah akan mula bercuti mulai hari Sabtu. Bagi murid tahun 6, jangan lupa anda masih ada kelas tambahan cuti ini. Tak lupa juga program Motivasi FELDA yang juga dijadualkan masa cuti ini.

Bagi 8 orang murid tahun 5 ( 4 Pengakap dan 4 TKRS ) yang akan menghadiri Perkhemahan di Pusat Ko-Kurikulum Pahang di Kuantan diucapkan selamat berjaya dan jagalah nama baik sekolah. Bawalah pulang ilmu yang dipelajari di sana ke sekolah ini.

Majlis doa selamat akan diadakan pada hari esok di surau sekolah. Hidangan istimewa Nasi Ambang disediakan.

Read more...

GPK1 Baru

SKJ12 telah mendapat GPK 1 yang baru menggantikan Ustaz Mustafa yang kini bertugas di Jabatan Pelajaran Pahang. GPK 1 yang baru ialah En Hassan bin Ibrahim. Beliau bukanlah baru di sini kerana sebelum ini beliau ialah GPK HEM. Kini beliau dinaikkan pangkat ke GPK 1. ( Rujuk Gambar di sebelah kiri)

Kita masih lagi menunggu GPK HEM yang dijangka melapor diri selepas cuti semester nanti. Khabarnya GPK HEM ini seorang wanita. Sama-sama kita tunggu.......

Read more...

Susila A/P Marathandawan


Susila merupakan satu-satunya pelajar berketurunan India di sekolah ini. Walau bagaimanapun Susila tidak ada masalah dalam berkawan dan juga belajar di sekolah ini.
Susila juga sangat fasih berbahasa Melayu. Perkataan yang lahir dari mulutnya langsung tidak pelat.

Read more...

Kelas PREP






Kelas PREP telah diadakan di sekolah ini dengan kerjasama pihak Pengurusan FELDA.
Ianya dijalankan pada waktu malam dengan pengawasan Pengurus FELDA, Guru yang bertugas secara giliran serta AJK PIBG.

Kelas PREP ini diwujudkan berdasarkan konsep Sekolah berasrama. Antara tujuan diadakan kelas PREP ini ialah untuk memastikan murid belajar pada sebelah malam. Ini kerana, jika murid berada di rumah, terdapat banyak gangguan terutamanya daripada adik-adik, kebisingan TV, tetamu yang datang ke rumah dan lain-lain.

Murid yang menghadiri kelas PREP ini boleh melakukan Kumpulan Perbincangan. Guru yang terlibat dijadikan rujukan sahaja. P&P tidak dijalankan secara formal.
Murid boleh melakukan aktiviti-aktiviti berikut.

a) Menyiapkan kerja sekolah
b) Menyiapkna tugasan yang guru berikan.
c) Membuat ulangkaji secara individu
d) Membuat perbincangan kumpulan
e) Membuat pembacaan awal sebagai persediaan P&P pada hari esok.
f) Membuat ulangkaji untuk mata pelajaran peperiksaan hari esoknya.
g) Aktiviti-aktiviti lain yang difikirkan perlu

Selain daripada itu, minum malam juga disediakan pada waktu rehat oleh pihak FELDA.
Dengan adanya PREP ini,murid akan dapat belajar dengan lebih sistematik lagi berbanding dengan belajar di rumah. Jika di rumah, didapati murid ini lebih banyak menonton TV malah ada yang membuang masa melepak di rumah kawan-kawan.

Read more...

Wawancara Dengan Menteri Pelajaran

>> Selasa, 26 Mei 2009

Petikan dari Utusan Online





SEMEMANGNYA sudah menjadi tradisi pada 16 Mei setiap tahun, kita akan menyambut Hari Guru. Pelbagai acara diadakan sama ada di peringkat sekolah mahupun negara. Namun perkara yang lebih penting daripada sambutan itu ialah sejauh manakah rakyat negara ini menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh guru-guru?
Kita tidak menafikan dalam zaman yang semakin berubah, peranan guru juga semakin mencabar dan ketika ini pelbagai cabaran dihadapi oleh mereka yang berada dalam dunia perguruan. Bagi mengupas isu ini, wartawan Mingguan Malaysia, ZIN MAHMUD dan ZULKIFLEE BAKAR mewawancara Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran.

Sudah tentulah dengan kedudukan beliau sebagai pemimpin nombor dua di negara ini, harapan golongan guru kepada beliau adalah tinggi, justeru dalam pertemuan di Putrajaya, Muhyiddin diminta mengulas pelbagai isu berkaitan dunia perguruan termasuklah soal disiplin pelajar yang turut dikaitkan dengan tanggungjawab guru.

Selain itu, beliau juga menegaskan mengenai hasrat kementerian untuk memastikan mulai tahun depan, prestasi sesebuah sekolah bukan sahaja diukur dari sudut pencapaian cemerlang dalam peperiksaan sahaja, malah ia akan dilakukan secara lebih holistik.

Muhyiddin dalam pertemuan hampir sejam itu turut menegaskan, hasrat Kementerian Pelajaran untuk membentuk satu tahap penghormatan yang tinggi terhadap profesion perguruan.

MINGGUAN: Apakah harapan Tan Sri sempena Hari Guru?

MUHYIDDIN: Kita tahu pelajaran adalah sesuatu paling diutamakan, disebabkan itu peranan guru semakin bertambah penting dan sebagai pendidik mereka bertanggungjawab untuk membangunkan minda generasi muda.

Kita mahu supaya anak-anak kita menjadi pelajar yang cemerlang menguasai semua ilmu dan bidang. Pada masa ini kita memberi penekanan kepada peningkatan mutu ataupun kualiti, baik dari segi pendidikan mahu pun pembelajaran. Bagi mencapai hasrat berkenaan kita menekankan pentingnya guru terlatih, kita tidak mahu hanya menumpukan kepada soal penyediaan infrastruktur sebaliknya berusaha melahirkan guru terlatih.

Ia membolehkan mereka mempunyai cukup kepakaran dan kemahiran supaya dia dapat menyampaikan ilmu dan pengetahuan dengan baik kepada anak-anak. Saya selalu menekankan soal pentingnya kecemerlangan bukan pada tahap biasa tetapi lebih daripada itu. Jadi kita akan menekankan soal latihan kepada guru dan penyediaan bahan sokongan bagi mempermudahkan sistem pembelajaran dijalankan.

Di samping itu, kita mahu guru sentiasa bermotivasi dan bersemangat untuk bekerja, bagi tujuan tersebut, tumpuan juga akan diberikan kepada soal kebajikan mereka. Pada masa ini sudah ada cerita soal bebanan kerja yang banyak dan murid pula bertambah dan sebagainya, ini menyebabkan peranan guru sudah melepasi batas biasa. Oleh itu kita hendak mencari jalan supaya mereka tidak terbeban dengan tugas yang lebih daripada sepatutnya supaya dia lebih bermotivasi dan melihat kerjayanya sebagai sesuatu yang dihormati dan sebab itu penting untuk kita memelihara kerjaya perguruan ini.

Dulu masyarakat cukup menghormati golongan guru, pada pandangan Tan Sri apakah benar sekarang ini perasaan itu sudah berkurangan?

MUHYIDDIN: Perguruan adalah profesion mulia, memang kalau ikut sejarah daripada dulu pun pandangan masyarakat terhadap guru adalah tinggi. Ia kerana sebagai pendidik, tugas itu bukan boleh dilakukan sesiapa sahaja memandangkan ilmu disampaikan oleh orang yang berilmu, cuma soal yang berbangkit sekarang ini apakah persepsi masyarakat terhadap guru itu sudah berubah? Saya fikir tidak begitu, masih ada penghormatan masyarakat terhadap guru, kalau ada masalah berbangkit mengenai guru, saya fikir tidaklah meluas sehingga guru sekarang tidak dipandang tinggi oleh masyarakat.

Apapun kita hendak bentuk satu tahap penghormatan yang tinggi terhadap profesion perguruan dan untuk itu harus ada interaksi yang lebih rapat antara masyarakat dengan sistem pendidikan yang ada dalam negara kita. Kalau ibu bapa tidak faham dengan sistem yang kita amalkan dan dia tidak tahu bagaimana guru membimbing anak-anak serta mengamalkan sikap ‘serah bulat-bulat’ anak kepada sekolah, maka ini akan menimbulkan masalah.

Atas sebab itu adalah penting wujud hubungan yang lebih akrab dan kefahaman yang mendalam terhadap peranan guru di sekolah supaya masyarakat boleh menilai dan menghargai bukan sekadar hanya bersandarkan kepada keputusan peperiksaan. Kita perlu melihat secara holistik soal pembinaan insan kamil itu dan bukan hanya kepada soal pelajaran tetapi lain-lain lagi, jadi jika masyarakat faham betapa penting pendidik itu adalah orang berilmu maka penghormatan akan menjadi tinggi.

Mungkin harapan masyarakat kepada guru lebih tinggi berbanding dulu?

MUHYIDDIN: Ya, mungkin lebih tinggi kerana ia berkaitan dengan sistem pendidikan kita yang banyak bersandarkan kepada prestasi peperiksaan. Jadi yang itu kita akan ubah supaya sistem pendidikan bukan hanya bersandarkan kepada peperiksaan cemerlang. Kita sudah setuju tahun depan, ukuran prestasi sekolah akan dibuat dengan lebih holistik, dengan cara begitu guru akan lebih terfokus dan masyarakat akan lebih faham dan membantu guru supaya sistem pembelajaran itu akan lebih kondusif.

Read more...

Peperiksaan P2 & P3

Bermula dari semalam, peperiksaan P2 ( Tahun 1 hingga 5 ) dan P3 ( Tahun 6) bermula.
Semua murid kelihatan bersedia menghadapi peperiksaan.





Read more...

Pesan Abang- Buat adik-adik SK LKTP Jengka 12

>> Ahad, 24 Mei 2009



Adikku muda remaja
Awasi bila melangkah
Wajahmu manis bak gula
Pasti ramai kan tergoda
Tidak dilarang kau bersuka
Asal tahu kan batasnya
Jangan sampai adik terlupa
Harapan dan cita-cita

Ibu dan ayah
Menaruh harapan
Agar kau berjaya
Di hari kemudian

Bila tiba waktu petang
Dari sekolah kau pulang
Bergalas buku di pinggang
Siapa lihat tertawan
Adik masih bersekolah
Awas segala dugaan
Adik kan ambil periksa
Agar senang masa depan

Tumpukan perhatian dengan sepenuhnya
Serahkan selainnya
Kepada yang Esa

Bila adik telah berjaya
Abang kan turut gembira
Tapi andai sebaliknya
Jangan kau rasa kecewa
Sekali adik terkandas
Bukan untuk selamanya
Di hati sematkan pesanan
Ingat abang tetap sayang

Read more...

Lencana Sekolah

Atas permintaan Ezza, maka saya masukkan lencana sekolah di sini.

Tq

Read more...

Kenangan Indah Waktu Persekolahan

>> Sabtu, 23 Mei 2009

Sekolah...itulah waktu terindah.
Kalau boleh, memang bagi orang dewasa ingin kembali ke zaman persekolahan.
Semasa bersekolah, kita hanya perlu fikirkan belajar....belajar dan belajar.
Kita tidak perlu memikirkan masalah rumah tangga. Kita tidak perlu fikirkan bagaimana nak cari duit, bayar ansuran rumah, kereta, makan minum dan sebagainya. Hanya yang perlu fikir belajar.

Istimewa guru, ialah Guru adalah guru kepada seorang guru.

Jadi belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru saya yang mengajar saya dari sekolah rendah hingga tamat sekolah menengah.

Antaranya ; Masa sekolah rendah di SK Ulu Jempol (1981-1986) , Cikgu Zamilah, Cikgu Hil Johari, Cikgu Yap Ting Peng, Cikgu Shamsuri, Cikgu Ibnirislan,Cikgu Norhasyimah dan Lain-lain.

Masa sekolah menengah pulak di SMK Jengka 2 (1987-1989 ): Cikgu Suhaimi, Cikgu Wan Jamal Abd Nasir dan ramai lagi.

Masa tingkatan 4 dan 5 ( SM Teknik Kuantan ): Puan Fauzilah dan Cikgu Chong, En Alwi, En Azhar ( Mengajar Lukisan Teknik), Ustazah Maznah dan lain-lain.

Selamat Hari Guru kepada semua.

Di samping itu kepada teman-teman seperjuangan yang sentiasa diingati. Semoga berjaya dalam hidup

Read more...

Laman Forum

Dah 6 bulan laman forum guru daerah Maran dilancarkan. Kelihatannya laman forum ini agak sepi sahaja. Apa kata para guru cubalah memeriahkan forum kita.
Saya dah buat pautan untuk memudahkan para guru untuk menyertai forum tersebut dalam blog ini.

Walau bagaimanapun ianya boleh dicapai melalui alamat ini

http://gurumaran.forumotion.com

Selamat berforum

Read more...

C Programming

>> Jumaat, 22 Mei 2009

Tadi dengan sengaja membuka almari tempat simpanan buku-buku lama.
Maka ternampaklah sebuah buku yang bertajuk Pengantar Pengaturcaraan C.
Inilah bahasa pengaturcaraan yang pertama sekali saya belajar. Bila yang pertama ni, tentulah terasa susah sangat.

Biasalah, aturcara yang pertama saya buat ialah "Hello Malaysia". Hmmm, saya rasa semua orang yang ambil C Programming mesti buat yang tu dulu, agaknya.
Itulah yang saya buat. Bila dah mula buat, adalah pulak error.
Taip sikit pun ada masalah. Ni belum masauk printf(), scanf() dan lain-lainlah.

Masa mula belajar dulu guna Turbo C, Yang ni kelemahan dia tak boleh nak copy & paste. Jenuh menaip segmen aturcara yang sama. Tapi, bia sambung dengan subject Data Structure, barulah tahu satu perisian yang boleh copy & paste. Itulah dia Miracle C. Masa tu belajar dengan Pensyarah UiTM, En Norafizal. Selepas daripada tulah , barulah timbul minat pada C ni.

Tetapi sekarang dah lama tinggal. Entah ingat ke tidak. Jadi hari ini sebagai untuk mengingatkan kembali, maka saya taipkan aturcara mudah yang pertama sekali saya tulis . Masa tu guna turbo c.

#include < stdio.h >
main()

{
printf(" Hello Malaysia" );

}

Mudah je kan , menulisnya. Tapi masa tu error saja bila run.
Biasalah "budak baru belajar".
Tetapi bila dah belajar Data Structure, guna miracle C, rasa mudahlah pula.

Sebelum saya tamatkan penulisan ini, ni ada satu soalan. Cuba fikirkan yer.

Apakah output bagi segmen aturcara berikut ?

int i;
i = 14;
if (i % 2 ==0)
printf("Nombor Genap\n");
else
printf("Nombor Ganjil\n");

mudah je.... ada error ke??

Read more...

Majlis Bacaan yaasin dan tahlil

>> Khamis, 21 Mei 2009

Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil sempena Hari Guru peringkat Negeri Pahang telah diadakan pada malam ini.

Tempat : Masjid As-syakirin Maran.

Lebih 400 orang guru hadir bagi memeriahkan majlis ini.

Jemaah juga dijamu dengan laksa Pahang.

Read more...

Konsep Asas Teknologi Maklumat

>> Selasa, 19 Mei 2009

Hari ini saja je nak tulis tentang konsep asas IT.

Cuba cari perbezaan perkara berikut

1. Hacker VS Cracker
2. Klon VS Branded
3. CPU VS Unit System
4. Terminal Vs Komputer
5. Sistem Terbuka VS Sistem Sumber Terbuka
6. Multi Tugas VS Multi Pengguna

Ramai yang tidak dapat membezakan perkara di atas. Ada yang menganggapnya serupa sahaja. Sebagai contoh Hacker dan Cracker. Ramai orang menganggap Hacker seorang yang jahat atau penjenayah komputer. Ini adalah salah. Hacker ( Penakik) adalah seorang yang bertanggung jawab. Dia merupakan seorang pakar komputer. Linus Trovalds merupakan seorang hacker yang berjaya menghasilkan Linux. Cracker ialah penggodam. Seorang penjenayah komputer. Mereka bukanlah pakar, tetapi melakukan perkara itu untuk berseronok dengan niat jahat. Justeru, Biar jadi hacker, jangan jadi cracker.

Klon? Apakah komputer klon. Apakah pula komputer yang bukan klon. Ramai yang berkata komputer seperti Acer,HP dan lain-lain yang popular adalah BUKAN KLON. Ini salah sebenarnya. ACER, HP merupakan komputer klon. Tetapi ianya berjenama (Branded).
Jadi apakah komputer bukan klon.
Komputer bukan klon ialah IBM. Yang lainnya klon. Kenapa...carilah jawapan sendiri.

CPU Vs System Unit

Apabila disebut CPU ramai yang membayangkan beratnya ia,terpaksa memikulnya jika rosak. Sebenarnya ianya bukanlahh CPU tetapi Unit Sistem. CPU letaknya dalam Unit Sistem pada Papan Induk. Saiz CPU sebesar ibu jari sahaja ( Tengok orang juga, kadang-kadang ibu jarinya besar).



Di atas inilah system unit



Inilah gambar CPU ( Central Processing Unit ) - Sistem Pemprosesan Pusat. Kecil je. Tak perlu pikul.

Read more...

Terima Kasih En Zulkifli

Terima kasih Encik Zul, bapa kepada pelajar sekolah ini kerana telah menyumbangkan jamuan kepada kepada guru, pada hari ini sempena hari guru yang disambut pada hari semalam..

Terima kasih daun keladi, di lain masa, boleh belanja lagi.

Read more...

Blog SKJ12 dapat perhatian PKG

>> Isnin, 18 Mei 2009

Read more...

Teks Ucapan Wakil Murid



Gambar 1 : Ketua Murid Sedang Memberi Ucapan

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang berusaha, En Mustafa Bin Yahya, Tuan Guru Besar SK Jengka 12, Guru-guru penolong kanan, yang diraikan para guru, barisan pengawas sekolah serta rakan -rakan sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan rasa syukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinannya, maka dapat kita bersama-sama pada hari ini, untuk menyambut Hari Guru Tahun 2009.

Minta daun diberi daun,
Dalam daun ada bidara
Minta pantun diberi pantun
Dalam pantun ada bicara.

16 Mei setiap tahun merupakan Hari Guru. Tema Hari Guru pada tahun ini ialah “ Guru Pembina Negara Bangsa”. Tema ini adalah tepat sekali berdasarkan peranan guru dalam mendidik anak bangsa. Gurulah yang membentuk peribadi murid-murid yang mana murid-murid ini merupakan bakal pemimpin negara. Murid-murid ini juga suatu hari nanti akan bekerja di pelbagai sektor yang mana ianya bidang yang sangat diperlukan oleh negara. Jadi ini menunjukkan bahawa murid-murid ini telah dibentuk oleh para guru sejak dari awal persekolahan lagi supaya mereka akan menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara suatu masa kelak.

Ketahuilah,
Guru adalah guru kepada seorang buruh,
Guru adalah guru kepada seorang nelayan,
Guru adalah guru kepada seorang petani,
Guru adalah guru kepada seorang mekanik,
Guru adalah guru kepada seorang jururawat,
Guru adalah guru kepada seorang doktor,
Guru adalah guru kepada seorang pengarah,
Guru adalah guru kepada seorang ahli perniagaan,
Guru adalah guru kepada seorang jutawan,
Guru adalah guru kepada seorang peguam,
Guru adalah guru kepada seorang hakim,
Guru adalah guru kepada seorang menteri,
Guru adalah guru kepada seorang raja
Dan,
Yang paling istimewa,
Guru adalah guru kepada seorang guru


Setiap insan di dunia belajar dari seorang guru. Dalam Islam, guru adalah manusia yang wajib dihormati selepas ibubapa. Malah menghormati guru adalah satu kewajipan terhadap setiap manusia. Mematuhi arahan guru adalah sangat dituntut supaya apa yang kita belajar menjadi berkat dan dirahmati yang maha Esa.

Rakan-rakan sekalian,
Marilah kita tanamkan azam, untuk belajar bersungguh-sungguh bukan sahaja untuk diri kita dan ibu-bapa kita tetapi untuk guru-guru yang banyak berkorban masa dan tenaga demi untuk kecemerlangan kita semua. Saya pasti, guru juga akan berasa bangga jika kita berjaya tetapi akan turut berasa kecewa jika kita gagal.

Kepada semua guru, saya mewakili seluruh murid memohon ampun dan maaf, andaikata ada di antara kami melakukan kesalahan kepada cikgu-cikgu sama ada kami sedar ataupun tidak.

Budah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Kami sememangnya baru belajar,
Kalau salah tolong maafkan.

Semoga sambutan hari guru tahun ini akan memberi makna yang besar dalam kehidupan para guru sekalian. Selamat hari guru daripada kami semua, murid-murid SK Jengka 12.

Sekian, wabillahitaufik wal hidayah , wassalamualaikum wbh.

Read more...

Sambutan Hari Guru

Hari ini merupakan sambutan Hari Guru Peringkat sekolah.
Banyak acara yang telah diadakan.

Majlis bermula dengan perhimpunan rasmi. Pengacara majlis ialah Puan Sabriza.
Seterusnya bacaan perutusan oleh Tuan GB ( Menteri Pelajaran ) dan GPK HEM ( Ketua Pengarah). Nyanyian lagu Negeri Pahang, Negaraku dan Guru Malaysia


Seterusnya persembahan murid :

1. Sajak Guru oleh Murid Tahun 5
2. Sketsa oleh Murid Tahun 6
3. Pantun

Guru juga turut membuat persembahan

1. En Mohd Iswandy dengan nyanyiannya ala AF
2. En Mohd Zaki.. lawyer, majistret, tidak..... dia guru muzik.



Murid-murid juga menikmati makan dan minum percuma tajaan Kelab Guru kakitangan.

Seterusnya acara sukaneka dijalankan. Walaupun cuaca kurang baik...gerimis mengundang, namun sukaneka tetap dijalankan di dalam dewan.

Seterusnya jamuan guru. Pertukaran hadiah, penyampaian hadiah sukaneka serta majlis perpisahan Ustaz Mustafa (JPN) dan PT En Azman ( Lanchang).



Gambar 1 : Sketsa Oleh Murid Tahun 6




Gambar 2 : Sessi Bergambar



Gambar 3 : Antara Acara Sukaneka



Gambar 4 : Kek Hari Guru Sumbangan Bank Rakyat Jengka. Terima kasih, nanti kami pinjam lagi



Gambar 5 : Acara Memotong Kek Oleh Tuan GB

Read more...

Guru Pembina Negara Bangsa

>> Sabtu, 16 Mei 2009

Selamat hari guru saya ucapkan untuk semua guru SK LKTP Jengka 12, khasnya dan seluruh warga Guru Malaysia amnya.

Lagu Tema

Guru Pembina Budaya Bangsa

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Read more...

Sumbangan Gambar-gambar lama atau apa sahaja kisah lama anda

Kepada x-student skj12. Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Kalau ada gambar lama,cerita masa sekolah dulu , kenangan terindah, bolehlah dihantar kepada saya melalui e-mel antimatkarai@gmail.com. Insyaallah, saya akan siarkan. Jangan lupa sertakan nama anda dan tahun bila anda mula bersekolah di sini.

Tq

Read more...

Sambung Belajar

>> Ahad, 10 Mei 2009

Ramai antara guru-guru SK Jengka 12, telahpun mempunyai Ijazah. Ada yang tengah tunggu konvo dan ada pula yang tengah siapkan thesis.

Hari Sabtu dan Ahad, adalah hari untuk keluarga. Bawa keluarga jalan-jalan. Tapi kelihatan 3 orang cikgu memerap kat rumah. Sibuk nampak. Yalah, apa nak buat, dah tua baru nak belajar. Itulah dia Cikgu Zaki, Cikgu Abdul Halim dan Cikgu Iswandy.

Lepas dapat ijazah nanti, Cikgu Suhaimi ajak buat masterlah pulak. Termenung juga memikir. Yalah, nak buat thesis Ijazah sajana Muda pun jenuh memerap kat rumah, tak campur masyarakat. Ni nak buat Master. Biar betikkkk.

Apapun jemputan Cikgu Suhaimi untuk buat Master tu satu cabaran.
Saya pun sedang memikirkannya. Orang lain macam mana. Ada berani ????



Cikgu Abdul Halim - antara guru yang bakal memiliki Ijazah tak lama lagi

Read more...

Mesyuarat Agung Kelab Guru dan Kakitangan

>> Khamis, 7 Mei 2009

Mesyuarat Agung Kelab Guru diadakan pada hari ini.

Berikut ialah senarai JK Kelab

Pengerusi : En Mohd Zaki Harun

Setiausaha : Cik Nur Shahaza

Bendahari : Puan Rashidah

AJK : Puan Norkhafizah
En Azman
En Ahmad Sokri
Puan Sabriza
En Mohd Sabri
En.. nanti masukkan

Aktiviti terdekat :

Sambutan Hari Guru -

Pertukaran hadiah hari guru : Nilai Minima RM 35.
Balut dengan kertas minyak-
Jangan guna kertas warna nanti tak surprise.

Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP