Meniru dalam Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK)

>> Khamis, 27 Ogos 2009

sumber : www.zaharuddin.net




Soalan

Salam,

Apa pandangan ustaz guru lulus ujian PTK dan mendapat anjakan gaji dengan meniru semasa peperiksaan (PTK tersebut), bagaimana dengan kenaikan gaji (duit) yang diperolehinya?

- 60138807885 -


Jawapan

Wa'alaikumussalam,


Saya kira, pembaca sekalian pun mampu memberi jawapannya. Cuma saya agak pelik jika perkara ini benar-benar berlaku, jika guru pun meniru, sudah tentu anak muridnya di sekolah juga akan jadi kaki meniru.

Anak murid kaki meniru itu pula akan menjadi guru di masa hadapan dan juga meniru dalam PTK nya, maka kitaran orang meniru akan menjadi semakin panjang dan kualiti semakin kurang sehingga lahirlah penganggur dan pekerja yang tidak produktif, kaki bodek dan rasuah.


Dari sudut hukum, asasnya adalah :-

1) Meniru itu adalah menipu, dan menipu hukumnya haram. Sebuah hadis :-


أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ مَرَّ على صُبْرَةِ طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فيها فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلًا فقال ما هذا يا صَاحِبَ الطَّعَامِ قال أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يا رَسُولَ اللَّهِ قال أَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ الناس من غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي

Ertinya : "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki yang sedang menjual makanan (biji-bijian). Baginda sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya makanan itu nampak basah, maka bertanyalah beliau: Apa yang dilakukan oleh pemilik makanan ini? Ia menjawab: Kena hujan. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya?! barangsiapa menipu , bukanlah (mereka) dari golongan kami (Islam)" (Riwayat Muslim, 1/99)


2) Pernah juga di riwayatkan bahawa :-

إن الله إذا حرم شيئا حرم ثمنه

Ertinya : Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram) ( Ar-Rawdu Al-Murabba', 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312 )

3) Nabi SAW juga pernah mencela orang Yahudi yang apabila diharamkan memakan daging babi dan lain-lain, mereka membuat helah dengan mengambil lemaknya dan dihiaskan lalu dijualnya. Apabila Nabi mendapat tahu lalu terus berkata :-

قَاتَلَ الله الْيَهُودَ حُرِّمَ عليهم الشَّحْمُ فَبَاعُوهُ وَأَكَلُوا ثَمَنَهُ

Ertinya : "Allah akan menghancurkan Yahudi yang mana mereka ini apabila Allah mengharamkan makan lemak (babi, bangkai dan lain-lain yang diharamkan), lalu mereka membuat helah dengan menjualnya serta menikmati hasil jualannya" ( Riwayat Al-Bukhari no 2111, 2/775 ; Muslim, Baihaqi )


Dari kedua-dua dalil di atas, jelas kepada kita hukum meniru dalam peperiksaan adalah haram bagi guru dan murid kerana ia adalah satu bentuk penipuan.


Dari hadis ketiga juga dapat difahami setiap hasil keuntungan duniawi yang terhasil dari yang haram, maka hukumnya adalah haram jua. Tatkala itu, kenaikan gaji guru tadi juga adalah dikira pendapatan yang haram.


Amat malang, penipuan yang memberi manfaat dunia seperti ini cukup digemari oleh ramai orang, tanpa mereka sedari kehidupan akhirat mereka dalam bahaya apabila kehidupan harian mereka dikelilingi oleh duit kenaikan gaji dan untung haram tanpa mereka sedari.


Dosa ini ibarat 'time bomb' yang amat menderitakan di alam barzakh, ibarat 'time bomb' yang akan meletup sejurus seorang itu disapa kematian. Mati dalam keadaan sebegini, adalah mati dengan penuh dosa disebabkan hartanya.


Tindakan


Tindakan ' u turn' bagi mereka yang telah terlanjur begini adalah dengan segera bertawbat, melupuskan harta yang haram secara ansuran, memperbanyakkan sedeqah dan juga meningkatkan kualiti diri sesuai dengan nilai 'PTK tipu' yang diperolehinya.


Itu sahaja yang sempat saya fikirkan sebagai jalan keluar di ketika ini. Moga orang yang terjebak akan beroleh keampunan Allah SWT.


Ke Kubur Juga Akhirnya

Kekayaan, pangkat dan kebesaran yang dikecapi adalah sementara sahaja, amat jarang kenikmatan sementara ini mampu dikecapi melebihi 60 tahun. Justeru, mengapakah kita masih lagi terlalu ghairah untuk mengumpulkannya tanpa mengira haramnya?. Malangnya diri yang terlupa kematiannya penamat segala kenikmatan dunia. Justeru carilah harta dari yang HALAL sahaja.

Nabi SAW bersabda :-

أكثروا ذكر هاذم اللذات الموت

Ertinya : "Perbanyakkanlah ingatan kepada pemutus segala nikmat (dunia) iaitu MAUT" ( At-Tirmidzi, 4/553 ; Ibn Hibban, 7/259 ; Imam Tirmidzi : Hadith Hasan Ghorib)



Sekian


Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

27 Ogos 2007

14 Syaaban 1428 H

Read more...

Pandangan Satelit Jengka 12

>> Selasa, 25 Ogos 2009


Lihat Peta Lebih Besar

Gambar di atas merupakan pandangan dari Satelit lokasi Jengka 12.

Kalau nak lihat peta, klik pada map.
Kalau nak zoom in klik pada +
kalau nak zoom out klik -
Kalau nak ke kanan klik --->
Kalau nak ke kiri klik <--

Kalau nak view lebih besar klik Lihat Peta Lebih Besar

Read more...

Selamat Menyambut Ramadhan

>> Jumaat, 21 Ogos 2009

Esok bermulanya Ramadhan Al-Mubarak. Oleh itu selamat berpuasa.
Esok juga bermula cuti sekolah. Selamat bercuti.

Dalam masa cuti ini, murid-murid diingatkan supaya menjaga kesihatan diri.
Dengan wabak selsema B yang melanda kini, ada baiknya elakkan diri daripada pergi ke tempat awam, pasar-pasaraya, bazar ramadhan dan sebagainya. Jika terpaksa pergi, jangan lupa pakai topeng muka (bukan topeng ultraman).

Semua murid juga dibekalkan dengan modul kerja rumah. Modul itu telah diedarkan kepada semua murid. Para ibu bapa diharap dapat memantau kerja-muraja murid tersebut.
Setiap modul mengandungi 5 mata pelajaran iaitu B.Melayu, B.Inggeris, Mathematics, Science dan Agama Islam. Semua murid diingatkan supaya menyiapkan kerja tersebut pada masa cuti. Modul tersebut akan dikutip oleh guru kelas selepas cuti nanti.

Akhir kata selamat berpuasa dan selamat bercuti.

Read more...

Pra Masuk Makmal Komputer

Hari ini Cikgu Iswandy membawa murid Pra masuk makmal. Turut membantu dalam P&P ialah Cik Sha dan FS Ella.




















Read more...

Majlis Bacaan Yaasin dan solat hajat

>> Rabu, 19 Ogos 2009

Majlis Bacaan YaaSin dan solat hajat akan diadakan pada malam ini pada jam 7.00 petang.
Semua guru, para ibu-bapa dan calon UPSR 2009 dijemput hadir.

Read more...

Perbincangan Soalan Sains

Tiga orang guru Sains sedang berbincang mengenai soalan Sains Pra UPSR.
Dari kiri Puan Abidah, En Hassan dan Encik Zaki.
Ini gambar sebenar, bukan lakonan.
Betul-betul, bukan cubaan.

Read more...

Peperiksaan Pra UPSR Tahun 6

Tahun 6 ketika ini sedang menjawab soalan Bahasa Inggeris 2 menggunakan soalan Percubaan UPSR negeri Terengganu.
Taklah susah sangat.

Read more...

Permohonan Memasuki Kelas Pra Sekolah tahun 2010

Sila klik gambar untuk kelihatan lebih besar

Read more...

Pengesahan Murid Tahun 1 bagi Tahun 2010

Sila klik gambar di bawah untuk lebih besar


Read more...

UPSR semakin hampir

>> Isnin, 17 Ogos 2009

Warga pendidik SK Jengka 12, Para Ibu Bapa, murid-murid serta komuniti Jengka 12 mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan UPSR kepada semua calon UPSR 2009.




Read more...

Peperiksaan P3 dan Pra UPSR

Hari ini peperiksaan P3 (Tahun 1-5) dan Pra UPSR bagi tahun 6 bermula.

Mata pelajaran yang terlibat hari ini

Bahasa Melayu Kertas 1
Bahasa Melayu Kertas 2
Mathematics Paper 2
English Paper 3

Read more...

Keputusan Percubaan UPSR Kelompok Jengka

>> Jumaat, 14 Ogos 2009

Berikut ialah keputusan Percubaan UPSR sekolah-sekolah Kelompok Jengka 2009

Read more...

H1N1 sana-sini

>> Rabu, 12 Ogos 2009

Kecoh pasal H1N1.
Cikgu-cikgu sekolah ni, ramai dah pakai topeng. Begitu juga murid-murid.
Semalam Sister Zainon dan kawannya dari Klinik Kesihatan Jengka 8 datang ke sekolah untuk memberi ceramah H1N1 ini.
Banyak info yang dapat walaupun tempoh ceramah lebih kurang setengah jam.
Sessi soal jawab juga rancak. Cikgu Suhaimi dan Cikgu Halim mengemukakan beberapa soalan kepada Nurse tersebut.

Tahniah, kerana dapat menjawab dengan baik.

Sama-samalah kita menjaga kesihatan dan keselamatan diri. Amalkan nasihat yang disampaikan oleh Nurse tersebut. Insyaalah kita akan dilindungi oleh Allah daripada Selsema B ini.

Read more...

Video-video SK LKTP Jengka 12

>> Sabtu, 8 Ogos 2009

Video-video SK LKTP Jengka 12 dapat ditonton melalui URL di bawah:

http://videoskj12.co.cc

Terima Kasih

Read more...

Rehat Minda Tahun 6 2009

>> Rabu, 5 Ogos 2009

Murid-murid tahun 6 telah menyertai satu program Rehat Minda Di Kuantan.
Berbagai aktiviti menarik serta pengetahuan berfaedah yang dapat ditimba sempena program ini. Terima kasih kepada kerajaan Negeri Pahang kerana sudi menaja makan tengahari. Begitu juga dengan Tentera Udara Diraja Malaysia dan tentera Laut diraja Malaysia kerana sudi menerima kunjungan dari kami, warga SK LKTP Jengka 12.
Segala layanan yang baik itu akan kami kenang.

Read more...

Perhimpunan Hari Isnin

>> Isnin, 3 Ogos 2009

Perhimpuan rasmi Hari Isnin:

Tajuk : Kibar Jalur Gemilang & Ikrar Rukun Negara

Guru Bertugas : Ahmad Sokri Bin Othman

Ringkasan ucapan : Guru Bertugas

1. Sejarah Jalur Gemilang
2. Makna warna jalur gemilang
3. Rukun Negara : i)Cita-cita rukun negara
ii) Prinsip Rukun Negara

Ringkasan Ucapan: GPK HEM

1. Keselamatan di sekolah
2. Kebersihan Kawasan sekolah
3. Virus Selsema Babi H1N1

Penyampaian Sijil dan lencana Pengakap kepada 17 peserta Jambori Pengakap Daerah Jengka

Penyampaian hadiah khemah atas kejayaan " standard camp" sempena Jambori Pengakap. Hadiah berupa khemah bernilai RM180.00 disampaikan oleh GPK KO kepada Tuan Guru Besar bagi Pihak Pengakap Sekolah.

Read more...

Majlis Penutupan Jambori Pengakap

>> Ahad, 2 Ogos 2009

Majlis penutupan Jambori Pengakap Daerah Jengka sempena 100 tahun pengakap di Pahang dan Malaysia siap disempurnakan oleh Timbalan PPD Maran.

SKJ12 juga berjaya mendapat anugerah " Standard Camping " dan menerima hadiah berupa sebuah khemah. Syabas diucapkan kepada semua pengakap yang berusaha untuk berjaya termasuk menyiapkan buku log dengan baik dan kemas sekali.

Read more...

Jambori: Day 4

>> Sabtu, 1 Ogos 2009

Hari ni pagi-pagi lagi Cikgu Iswandy dan Keluarganya sampai di Kem dengan membawa sarapan mee goreng.
Menu tengahari pula nasi ayam.
Murid-murid juga sibuk dengan aktiviti-aktiviti seperti raptai majlis penutup, latihan untuk malam budaya dan sebagainya. Juga hari ini diadakan pemeriksaan buku log.

Gambar nantilah bila ada masa saya upload terutama gambar latihan persembahan Boria Chicken Dance.

Jumpa lagi hari esok. Hari kelima dan juga merupakan hari terakhir.

Salam

Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP