Pelancaran Rasmi Kem Membaca 1 Malaysia

>> Jumaat, 30 Oktober 2009

Hari ini diadakan pelancaran rasmi Kem Membaca 1 Malaysia. Aktiviti-aktiviti telah dijalankan bermula pada hari Isnin yang lepas.

Guru Besar memecahkan air batu yang mengandungi buku sebagai simbolik perasmian "Kem Membaca 1 malaysia"

Read more...

Perkhemahan Murid Tahun 6

>> Rabu, 28 Oktober 2009

Hari ini diadakan perkhemahan murid tahun 6 di kawasan sekolah.

Read more...

Karnival Bulan Bahasa Kebangsaan

>> Selasa, 27 Oktober 2009

Hari ini diadakan karnival Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat sekolah. Keputusan dan gambar akan diupload kemudian.

Read more...

Kem Membaca 1 Malaysia

>> Isnin, 26 Oktober 2009

Program bacaan 10 minit diadakan semasa perhimpunan sempena program Kem Membaca 1 Malaysia 2009. Selain daripada itu program hari pertama Sayangi Bumi kita turut diadakan.

Mesyuarat guru juga diadakan bagi membincangkan aktiviti Kem Membaca 1 Malaysia.







Read more...

Bulan Bahasa Peringkat Sekolah

>> Isnin, 19 Oktober 2009

Selaras dengan sambutan Bulan Bahasa peringkat Kebangsaanm SKJ12 juga menganjurkan pelbagai program Bulan Bahasa. hari ini semua murid menyanyikan lagu Bahasa Jiwa Bangsa semasa perhimpunan.

Murid-murid tahun 6 menyertai peretandingan Deklamasi Sajak dan Syair. Ada juga aktiviti berbalas pantun.

Manakala ramai murid kelihatan berlatih untuk Karnival Bulan Bahasa tidak lama lagi.
Bersedia awal bagus. Hadiah lumayan....berlatihlah bersungguh-sungguh.

Read more...

Tak guna pandai IT kalau.......

>> Selasa, 13 Oktober 2009

Hari ini blog sekolah kena godam. Kejadian disedari oleh Cikgu Sabriza dan Cikgu Zaki. Percubaan saya untuk log in gagal sebab password saya telah ditukar. Walau bagaimanapun akhirnya saya dapat juga blog ini semula.

Itulah dia manusia. Ada kebolehan IT tetapi tak gunakan pada cara yang betul. Kalau ada kebolehan tu, gunakan untuk kebaikan atau untuk meningkatkan ekonomi dan bukannya merosakkan hak milik orang lain. Perbuatan seperti ini tiada gunanya dan tidak mencerminkan kehebatan ilmu tetapi lebih kepada kerosakan akhlak pelaku itu sendiri.

Apa salahnya blog sekolah ini. Ianya hanya memaparkan aktiviti-aktivit sekolah. Tidak ada apa yang hendak didengkikan dan tidak ada yang hendak dimusnahkan. Banyak blog-blog yang tak senonoh dalam internet ni, kenapa tak cuba basmi. Tunjukkan kehebatan anda di sana. Bukannya memusnahkan blog yang tak seberapa ini.

Oleh itu, suka saya menasihatkan kepada pelaku perbuatan ini, carilah kerja lain yang lebih berfaedah dan bermanafaat kepada masyarakat dan negara. Insaflah dan cerminkan diri sendiri. Jika anda rasa anda hebat, ada yang lebih hebat sebenarnya daripada anda. Cuma anda belum bertemu buku dengan ruas saja.

Cermin Diri Hiasi Peribadi

Read more...

Aktiviti Tahun 6 & Cikgu SibukDi Padang

>> Rabu, 7 Oktober 2009

Aktiviti Tahun 6 diteruskan : Hari ini pertandingan Hoki di bawah kendalian Ustaz Sabri dan Teacher Abidah

Semalam : Bola Baling kendalian Cikgu Suhaimi dan Cikgu Ahmad Sokri

Kelmarin : Bolah Sepak kendalian Cikgu Zaki dan Cikgu Iswandy

Hari ini pula guru-guru sibuk menyiapkan garisan padang untuk kejohanan sukan. Panas weh..





Read more...

Majlis Sambutan Aidil Fitri

>> Jumaat, 2 Oktober 2009

Majlis sambutan Aidil Fitri diadakan pada hari ini dalam suasana sederhana tetapi meriah. Pelbagai aktiviti diadakan. Yang nyata semua bergembira. Ramai jemputan turut hadir termasuk guru-guru dari sekolah berdekatan.



Read more...

Bakar Lemang Untuk Jamuan Aidil Fitri

>> Khamis, 1 Oktober 2009

Sekarang para pekerja sekolah sedang membakar lemang untuk sambutan Aidil Fitri esok.
Cikgu-cikgu yang ada masa free turut membantu.

Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP