Hari Anugerah Kecemerlangan
>> Khamis, 11 November 2010
Hari anugerah kecemerlangan telah diadakan pada hari ini.
Semua murid yang cemerlang menerima hadiah masing-masing.
Hari anugerah kecemerlangan telah diadakan pada hari ini.
Semua murid yang cemerlang menerima hadiah masing-masing.
Hari ini keputusan UPSR telah diumumkan.
Tahniah kepada murid-murid yang mendapat 5A
1. Nurdeyna Syazliana
2. Nurul Anis Jasmin
3. Muhamad Azmil Mustafa
Keputusan Penuh. Lihat Terkini UPSR 2010
Perkhemahan Unit Beruniform, telah diadakan pada hari ini.
Read more...Hari ini sekolah dikunjungi oleh Team Majalah Kuntum.
Pelbagai acara telah diadakan.
Terima kasih kepada pihak kuntum yang sudi datang ke SK Jengka 12
Majlis Titisan Ilmu untuk Calon UPSR 2010 telah diadakan pada hari ini.
Sekolah juga menyerahkan fail yang mengandungi alat tulis untuk digunakan dalam UPSR nanti. Turut hadir ialah ibu bapa calon.
Majlis Khatam Al-Quran diadakan pada hari ini.
Juga bermaaf-maafaan antara guru dan murid.
Turut disampaikan duit hari raya kepada semua murid.
Hari ini diadakan perjumpaan dengan ibu-bapa penjaga tahun 6.
Perjumpaan bertujuan untuk membuat pelaporan mengenai pencapaian calon dalam percubaan UPSR.
Selain dari itu hadiah kepada pelajar yang telah mencapai keputusan A dalam semua matapelajaran.
Turut hadir Tuan Pengurus FELDA
Pembantu PRA sekolah telah bertukar ke sebuah sekolah di Jerantut.
Semoga dapat bertugas dengan lebih baik di tempat baru.
Puan Nurshahaza
Semalam, semua murid Tahun 6 telah menyertai Program rehat Minda di Kuantan.
Program ini juga turut disertai oleh beberapa orang guru.
Bertolak dari sekolah pada pukul 7.00 pagi.
Singgah di R&R Gambang untuk sarapan pagi.
Selepas itu terus ke Mercu Beach Resorts, Cherating.
Aktivit pertama ialah sukanekan di tepi pantai
Seterusnya, murid mandi di kolam Mercu Beach Resorts.
Makan tengahari di Ikip utama, tajaan Pejabat menteri Besar Pahang. Terima kasih.
Selepas itu Solat di Masjid Negeri.
Kemududian Singgah di Taman Teruntum, Kuantan.
Akhir sekali membelibelah di Giant Supermarket.
Bertolak pulang pada pukul 7 malam, singgah di Masjid KIPSAS untuk sembahyang.
Sampai di Jengka 12 pada pukul 10.30 malam.
Pada hari ini berlangsung perjumpaan ibu-bapa tahun 6.
Pada sessi ini diadakan pembentangan terkini keputusan murid tahun 6 dan persediaan peperiksaaan percubaan pada minggu depan.
Juga dibentangkan perbelanjaan tabungan kecemerlangan yang digunakan untuk setakat ini.
Selain daripada itu, aktiviti akan datang yang dirancang juga turut dimaklumkan oleh pihak sekolah.
Aktiviti seterusnya ialah ceramah motivasi oleh Prof. Madya Dato' Dr Hj Hilmi bin Abd Rahman. (Pengarah UiTM Kampus Pahang)
Terima kasih diucapkan kepada Ybhg Dato', kerana sudi menyampaikan ceramah motivasi.
Oleh pengarah UiTM pahang Ceramah Motivasi
Aktiviti yang berlangsung minggu ini. Saya tidak sempat mencatatnya pada tarikh sebenar.
Tarikh : 21.3.2010
Pemantauan LINUS oleh Jabatan Pendidikan Pahang
Tarikh : 22.3.2010
Pemantauan oleh Timbalan PPD Maran
Mesyuarat Kecemerlangan diadakan pada hari ini.
Pelbagai perancangan dan maklumat terkini disampaikan oleh Tuan Guru Besar.
Juga perbincangan mengenai perjumpaan dengan penjaga tahun 6 dan juga Rehat Minda.
Mesyuarat dihadiri oleh semua guru
Hari ini sekolah menerima tetamu dari PPD Maran yang menjalankan program Debrifing.
3 orang guru membentangkan prestasi mata pelajaran masing-masing
1. Sains - En Zaki
2. B.Inggeris - Puan Sabriza
3. Matematik - En Ahmad Sokri
Terima kasih kepada Pegawai PPD, Tuan Haji Zamri dan pasukannya.
Segala tunjuka ajar kami dahului dengan ucapan terima kasih
Peperiksaan P2 untuk tahun 1 hingga tahun 5 dan P3 untuk tahun 6 berlangsung hari ini.
Ketika catatan ini dibuat, semua murid sedang menjawab soalan pendidikan seni.
Semoga berjaya.
Tq
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan pada hari ini dengan tema " Guru Pembina Negara Bangsa".
Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengacara majlis, Cikgu Zaki. Kemudian diikuti oleh bacaan doa oleh Ustaz Mohd sabri bin Abdullah. Seterusnya perutusan YAB Menteri Pelajan Malaysia dibacakan oleh Tuan guru Besar.
Aturcara seterusnya ialah bacaan ikrar guru dan nyanyian lagu Guru Malaysia.
Seterusnya persembahan oleh murid-murid tahun 6 dan Pra Sekolah.
Acara diteruskan lagi dengan nyanyian solo diiringi petikan gitar sendiri oleh Cikgu Zaki. Murid-murid menikmati makanan percuma hari ini sempena hari guru.
Selepas rehat, acara sukaneka dijalankan. Terdapat pelbagai acara yang diadakan. Acara kemuncak pada hari ini ialah penyampaian hadiah sukaneka, pertukaran hadiah serta jamaun makan tengahari.
Hari ini merupakan hari guru. Hari untuk meraikan para guru. Tema hari guru tahun ini sama seperti tahun lepas.
Guru Pembina Negara Bangsa
Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan diadakan di Kuantan Pahang.
Negeri Pahang terpilih sebagai tuan rumah.
Sambutan hari guru peringkat sekolah pula akan diadakan pada hari esok, 17 Mei 2010.
Hari ini gotong royong hari guru diadakan.
Para guru dan ibu bapa hadir ke sekolah untuk bersama bergotong royong membersihkan kawasan sekolah.
Terima ksaih diucapkan kepada yang hadir.
Gotong Royong sempena hari guru akan diadakan pada hari Sabtu ini.
Semua sekolah akan melaksanakan gotong royong ini.
Kaum bapa adalah dijemput hadir bagi acara tersebut.
Diminta membawa peralatan seperti parang, chainsaw, dan peralatan yang sesuai.
Jamuan ringan disediakan
Terima kasih.
Kejohanan Sukan dan Balapan kali ke 24 telah diadakan pada hari ini.
Walaupun cuaca panas, namun ianya tidak mematahkan semangat para guru dan murid
Hari ini diadakan acara sukaneka. Ianyab disertai oleh semua murid termasuk murid pra.
14 acara dipertandingkan.
Acara berjalan dengan lancar walaupun cuaca agak panas.
Hari ini diadakan perjumpaan dengan ibu bapa tahun 1. Perjumpaan ini diadakan khusus untuk menjelaskan kepada ibu-bapa tentang Program Literasi Numerasi ( LINUS).
Dengan adanya perjumpaan ini, ibu bapa telah diberi penerangan yang jelas tentang LINUS ini
Kursus membina blog diadakan di Makmal komputer SK Bandar pusat.
Ianya bertujuan supaya sekolah-sekolah kelompok Jengka mempunyai laman blog sendiri.
Kursus ini disertai oleh Guru-guru ICT sekolah-sekolah kelompok Jengka.
Guru dari SK Jengka 12 turut menyertai kursus ini.
Hari ini semua guru dan murid terlibat dalam kawat kebakaran.
Latihan berjalan lancar.
Gambar2 akan diupload kemudian.
Hari ini diadakan sambutan Maulidur Rasul.
Pada masa ini, semua guru dan murid sedang berarak di kawasan perkampungan Jengka 12 sambil mengalunkan Selawat.
Untuk melihat lebih gambar banyak gambar, ianya telah diupload dalam facebook sekolah. Klik FACEBOOK
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 32 berlangsung pada hari ini.
Masa 2:30 Petang
Perasmi : En Abd Razak Bin Samat
Pengurus FELDA Jengka 12
Salam 1 Malaysia kepada semua warga SK Jengka12.
Dah lama tidak menjengah blog ini, nampaknya banyak perubahan dan isu-isu terkini yang diwar-warkan.
Hurm...untuk pengetahuan semua, makmal komputer juga telah mengalami tranformasi dari pelbagai sudut seperti keceriaan, alatan komputer yang telah diupgrade dan sebagainya. Di harapkan dengan perubahan ini memberi keselesaan kepada warga sekolah kita untuk menggunakan makmal komputer ini.
Perubahan ketara para pelajar juga dapat dilihat dari segi penguasaan terhadap kemahiran literasi komputer dan juga minat yang mendalam untuk mempelajarinya.
Itu saja untuk setakat ini. Jumpa lagi.
Hari ini diadakan Acara Merentas Desa. semua murid tahap 2 terlibat. Manakala murid tahap 1 menyertai pertandingan mewarna dan juga menonton video pendidikan.
Lagi gambar dalam facebook sekolah.
Jalur Gemilang, Bendera Negeri dan Sekolah dinaikkan separuh tiang selama tiga hari
Ianya sebagai tanda berkabung atas kemangkatan KDYMM Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.
Majlis sambutan Maal Hijrah 1431h telah diadakan pada hari sabtu tang lepas.
Gambar-gambar boleh dilihat di dalam facebook sekolah
Majlis Perlantikan Pengawas Sekolah diadakan pada hari ini.
Semua penggawas menerima Watikah Perlantikan daripada Sarjan Mejar Azhar Bin Zali, Timbalan Ketua Balai , Balai Polis Jengka.
Lagi gambar dimasukkan dalam facebook
Klik di sini untuk lihat gambar ---> lihat gambar
Jom sertai facebook Alumni SK LKTP Jengka 12.
Bekas guru dan bekas pelajar SKJ12 amat digalakkan menyertai facebook ini.
Klik Di Sini ---> SERTAI FACEBOOK SKJ12
USAHA JAYA
Bersama Berusaha Mencipta Sejarah
Matlamat Kita Utamakan
Beriman Bertaqwa Pegangan Semua
Teras Kukuhkan Yakin Diri
Mari Kita Harumkan
Nama Sekolah Kita SK Jengka 12
Bertekad Sentiasa Agar Warga Sekolah
Ke Arah Kecemerlangan
Mari Kita Harumkan
Nama Sekolah Kita
USAHA JAYA
Bertekad Sentiasa Agar Warga Sekolah
Ke Arah Kecemerlangan
Lagu & Lirik : Amir Hamzah Nordin
© Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP