Sekolah Mula Bercuti

>> Sabtu, 28 Mei 2011

Sekolah mula bercuti pada hari ini.
Walau bagaimanapun, murid tahun 6 terlibat dgn kelas-kelas tambahan dan juga bengkel menjawab soalan.

Semoga usaha ini akan membawa kejayaan.

Read more...

Pemantauan PPda

>> Rabu, 25 Mei 2011

Hari ini sekolah telah dilawati oleh Pegawai PPDa, PPD Maran, En Mohd Jasmi Bin Jaafar.
Terima kasih diucapkan atas pemantauan yang dibuat.
Semoga pemantauan yang dibuat akan memberi idea kepada sekolah dalam memperkemaskan lagi PPda sekolah.

Terima aksih diucapkan.

Read more...

P2 bermula

>> Isnin, 23 Mei 2011

P2 tahun 2-5 dan P3 tahun 6 bermula pada hari ini.
Diharap semua murid bersedia.
Semoga berjaya.

Read more...

Hari Kesihatan Dan Pencegahan Denggi

>> Jumaat, 20 Mei 2011

Semalam berlangsung Hari Kesihatan Dan Pencegahan Denggi. Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Antaranya ialah gotong-royong, tayangan video, pameran kesihatan, ceramah, pemeriksaan kesihatan percuma dan lain-lain.

Terima kasih diucapkan kepada PKD Jerantut dan poliklinik maran kerana turut serta dalam program ini.

Read more...

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

>> Isnin, 16 Mei 2011

Sambutan hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan pada hari ini dengan tema " Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"

Pelbagai aktiviti telah dirancang oleh Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan.
Terima kasih juga kepada penyumbang hadiah dan tajaan makan. Antaranya dari Tuan Pengurus Felda Jengka 12 ( Kek dan Pizza), Cikgu Halim ( Sate), Pengusaha Kantin ( Kek). Tak lupa juga kepada tuan GB yang telah menaja ikan patin sungai. (Bukan Patin Sangkar atau Kolam. ) Dimasak Gulai Tempoyak oleh pengusaha kantin.Dengar khabarnya hari Khamis ni ada lagi. Terima kasih daun keladi.

Selamat Hari Guru kepada semua Guru SK Jengka 12 dan guru-guru 1 Malaysia.




Read more...

Persiapan Sempena Hari Guru

>> Khamis, 12 Mei 2011

Persiapan sempena hari guru rancak berjalan.
Kelihatan cikgu Zaki sibuk mengendalikan latihan persembahan hari guru.
SK Jengka 12 dan semua guru Malaysia.

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP