Majlis Pelancaran Program Guru Penyayang

>> Jumaat, 2 Mac 2012

Hari ini berlangsung Program Guru Penyayang peringkat sekolah dan program mentor mentee.

Para guru berada di sekolah seawal 6.30 pagi menunggu murid datang ke sekolah.
Semua murid diberi hadiah penanda buku. 10 orang murid yang datang paling awal juga menerima hadiah.

Acara dewan dimulakan dengan Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Pahang dan sekolah.
Seterusnya ucapan Tuan Guru Besar dan upacara perasmian iaitu gimik pelancaran.

Kemudian tayangan persembahan multimedia.




Seterusnya ialah acara persembahan guru dan juga murid.


Ketika rehat, semua murid makan bersama sambil dilayan oleh para guru. Kelihatan guru yang menuangkan minuman kepada murid.

Acara bersambung selepas rehat ialah acara pembahagian mentor dan mentee.

Murid memberikana hadiah kepada mentor. ( Hadiah disediakan oleh kedai buku sekolah)
Guru pula memberi hadiah kepada mentee ( Hadiah disediakan sendiri oleh mentor)

Acara kemuncak ialah nyanyian lagi hari lahir kepada murid yang menyambutnya pada minggu ini. Guru besar menyampaikan hadiah hari jadi kepada murid.

Acara berakhir pada pukul 12 tengahari.

0 ulasan:

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP