Jadual Kedatangan Murid (Register) Cara mengira Kehadiran Murid ) Setiap Bulan

>> Khamis, 5 Julai 2012

Kehadiran murid direkod setiap hari persekolahan. Pada setiap hujung bulan, para guru kelas mulalah menjadi akauntan. Bukan kira duit, tetapi kira kehadiran murid. Maka ramailah guru menekan kalkulator. Yang jadi problem sikit ialah apabila ada murid keluar atau masuk di tengah-tengan bulan. Aduh...pening juga memikir nak tolak ke nak tambah ke.

 Bagi memudahkan cikgu-cikgu mengira setiap bulan, maka saya buatlah satu program yang simple sahaja. Isi data kehadiran, selepas itu salin je dalam buku kedatangan. Setiap kali selepas mengisi data, cikgu kena "save" sebab untuk memudahkan mengisi bulan depan. 

 Jadi program guna MS Excel sahaja. Tak canggih pun. Cuma mudahlah sikit nak mengira. Tak payah guna kalkulator lagi. Cuma isi data sahaja. Selepas itu, salin sahaja resultnya dalam buku biru tu. Kalau ada murid keluar masuk pun boleh kira. 

Sebelum download, harap kalau ada kesilapan pada program ni, bolehlah maklumkan kepada saya . Bagi tahu sahaja kat chat box. Atau email kat sekolah. Kalau nak email guna browser IE dan  Klik "hubungi kami
Nanti ceritalah masalahnya.. apa yang kurang...salah formula ke? jangan malu-malu :-)

 Ok..boleh download sini... DOWNLOAD 

Cikgu-cikgu jangan jual tau...Kalau kawan-kawan nak, bagi free jer :-) 
Bukan canggih pun, buat malu jer jual..

0 ulasan:

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP