Ayah dan Ibu
>> Rabu, 14 Januari 2009
Setiap manusia yang dilahirkan di dunia mempunyai ayah dan ibu. ( Kecuali Rasul yang tertentu)Tanpa ayah dan ibu siapalah kita. Sebab itu ayah dan ibu wajib dihormati dan tidak boleh di sanggah walaupun dengan perkataan ahh!!!. Itu menunjukkan betapa mulianya ayah dan ibu.Kita kena sentiasa ingat dari mana kita datang.
Dari mana...Ayah dan ibu, ayah dan ibu, itulah permulaan kami.
Lirik lagu sudirman tu. Dalam maknanya. Dengan adanya ayah dan ibu, maka lahirlah kita di dunia ini dengan izin Allah. Itulah detik permulaan kita sejak dari dalam rahim hinggalah kita dilahirkan di dunia ini.Apakah yang boleh kita buat setelah lahir dari perut ibu.
Dapat melihat bulan dan matahari......
Kita dapat melihat keindahan alam ini. Kita dapat merasa nikmat yang paling besar sekali pemberian Allah iaitu nikmat hidup.
Ayah dan ibu, ayah dan ibulah mesti dihormati.
Hormatlah ayah ibu. Patuhlah perintah mereka sementara mereka masih ada di dunia ini.Kehidupan mereka sudah tidak lama. Bila mereka tiada nanti, tidak adalah orang yang begitu sayang kepada kita, tempat kita bermanja. Hilanglah mereka dan tidak akan kembali lagi.Oleh itu pelajar-pelajar sekelianKenangkanlah...Sakit ibu sepanjang mengandung dan ketika melahirkan kita tidak terperi. Walaupun sakit, mereka tetap tidak sabar untuk melihat kita lahir ke dunia. Gembiranya mereka. Membesarkan kita serta menyediakan keperluan kita, menyayangi kita dan sentiasa bersama kita.
Itulah ayah ibu...Yang dikurnia dari Ilahi
Mereka dikurnia dari Ilahi.
Ada pelajar yang tidak sempat melihat wajah ayah selepas lahir. Ada orang yang kematian ibunya semasa melahirkannya. Malang nasib mereka.
Tetapi yang ada ayah dan ibu, semasa mereka masih ada..berilah hormat yang sewajarnya kepada mereka. Mohonlah restu mereka, jadilah anak yang soleh dan solehah.
Bila mata mereka terpejam nanti, pasti bibir mereka melemparkan senyuman kerana berjaya melahirkan anak yang soleh, taat, serta berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Oh ayah dan ibu.......
0 ulasan:
Catat Ulasan