Hari Ke 4, Minggu Anti dadah
>> Khamis, 5 Mac 2009
Hari ini hari ke empat minggu anti dadah.
Keadaan menjadi semakin sibuk terutama esok adalah hari penutupan rasmi.
Kelihatan cikgu bertungkus lumus membungkus hadiah, memilih pemenang pertandingan mewarna dan melukis poster. Menanda kertas essei anti dadah. Menyiapkan buku program, dewan, mengemaskini sudut PPda dan lain-lain.
Memang letih tapi yang penting kita seronok bekerja.
Aktiviti pagi ini seperti biasa ialah mesej 5 minit anti dadah.
Penyampai ialah Cikgu Abd Halim.
Tajuk : Akibat Dadah kepada kesihatan diri.
Ringkasan :
Akibat kepada kesihatan adalah seperti berikut
1. Melemahkan tenaga dan menjadi malas.
2. Boleh melemahkan tenaga batin hingga tak dapat dipulihkan
3. Kemungkinan menjadi mandul adalah cerah.
4. Merosakkan fikiran dan menjadi tidak siuman
5. Menyebabkan pitam, pengsan atau tidak sedarkan diri.
6. Menyebabkan penyakit pedih hati dan sakit perut.
7. Menimbulkan perasaan untuk bertindak ganas yang bolehmenghilangkan maruah
8. Membawa ketagihan yang berlebihan untuk mententeramkan diri, dan jiwa yang tidak dapat dadah yang dikehendaki akan melibatkan kerosakan jiwa dan tenaga fizikal.
9. Membawa maut
sumber: Buku perlaksaan Cuma 5 minit Anti Dadah di sekolah.
0 ulasan:
Catat Ulasan