Komunis dan Sejarah

>> Ahad, 7 Jun 2009

Sumber Gambar: lutfihafifi.com


Komunis, semua orang yang akil baligh tahu apa itu komunis. Tetapi bila sebut Chin Peng, budak sekolah rendah sekarang tak tahu siapa dia. Ada yang bertanya kepada saya, kenapa budak sekolah perlu tahu tentang Ching Peng? Lebih baik mereka tahu tentang pejuang-pejuang Melayu zaman dahulu seperti Mat Kilau, Tok Gajah, dato' Bahaman, Tok Janggut dan lain-lain. Apa pentingnya tahu tentang Chin Peng? Dia pengganas. Kenapa cerita penggganas komunis perlu disampaikan kepada kanak-kanak?

Bagi saya inilah salahnya. Bila budak sekolah tak kenal Ching Peng, mereka tak tahu kekejamannya. Mereka hanya tahu, Ching Peng ketua komunis. Tapi mereka tak tahu keganasan komunis. (melainkan cuma sedikit yang dapat informasi kekejaman komunis melalui Filem Bukit Kepong) Selebihnya mereka tak tahu betapa menderitanya nenek moyang mereka yang hidup pada zaman darurat kemudian walaupun darurat tamat, tetapi kekejaman mereka berterusan sehingga mereka menyerah pada tahun 1989.

Oleh itu, kalau kanak-kanak sekolah tidak didedahkan dengan kekejaman komunis, maka mereka tidak ada perasaan langsung terhadap sesetengah pihak yang hendak membawa Chin Peng pulang ke Malaysia. Bagi mereka, ada Ching Peng atau tidak ada ...sama sahaja.
Bila pihak media seperti TV memainkan isu kekejaman komunis, barulah mereka tahu, bahawa komunis bukan setakat mengganas di Bukit Kepong sahaja. Baru mereka sedar bahawa betapa menderitanya nenek moyang mereka akibat kekejaman pengganas komunis itu.

Tetapi perlu diingatkan bahawa media hanya memainkan isu ini bermusim. Ketika ini hangat orang bercerita tentang ada pihak yang hendak membawa pulang Ching Peng atas dasar kemanusiaan kononnya. Nanti bila isu ini sudah sejuk, kisah-kisah kekejaman Komunis tidak lagi ke udara di TV, Radio atau akhbar. Akhirnya ia akan dilupakan seperti sebelum ini. Kanak-kanak sekolah mula tak ambil peduli siapa itu Ching Peng.

Jadi bagaimana kita hendak tanamkan perkara-perkara begini dalam minda kanak-kanak?
Saya teringat ketika saya bersekolah di sekolah rendah sekitar tahun 80-an. Pada masa itu mata pelajaran Sejarah ada di sekolah. Saya masih ingat masa tu belajar tentang tamadun dunia seperti Athen dan Sparta ketika darjah 4.

Saya nak mencadangkan supaya mata pelajaran Sejarah diwujudkan di sekolah rendah semula. Tak perlulah belajar tamaddun dunia seperti Athens, Sparta, Rom dan lain-lain. Untuk peringkat sekolah rendah, kita belajar apa sahaja sejarah dalam negara kita.

Masukkan kisah pejuang tanah air seperti Mat Kilau, Tok Janggut, Dol said dan sebagainya. Petang tadi saya sempat tengok satu rancangan di Astro Prima bertajuk Rosli Dhobi- pejuang atau pembunuh. Cukup menarik. Kisah ini yang perlu disumbat masuk ke minda pelajar agar sedar perit jerih, kepayahan, malah hingga mengorban nyawa orang dulu-dulu dalam menuntut kebebasan.

Kisah kekejaman komunis jangan dilupakan. Biar kanak-kanak sekolah tahu terdapat beribu-ribu kekejaman komunis dan bukannya setakat di Bukit Kepong sahaja. Terangkan kenapa komunis berperang dengan kerajaan. Apakah cita-cita komunis sebenarnya? Bayangkan jika negara kita diperintah oleh komunis, di mana kita sekarang? Bolehkan kita bersembahyang? Bagaimana pula dengan masjid? Adakah mereka akan mebina Masjid seperti hari ini, atau mereka akan meruntuhnya? Bersyukurlah, itu tidak terjadi.
Sejarah kemerdekaan negara melalui rundingan,ramai yang tidak tahu. Cuba tanya murid tahun 6 di sekolah rendah. Tanya mereka, bagaimanakah cara negara kita mencapai kemerdekaan. Saya pasti ramai yang tak tahu.

Itu sekadar cadangan. Di sekolah memang ada mata pelajaran yang memasukkan unsur-unsur sejarah.Tapi ianya tidak mencukupi. Biar murid-murid belajar sejarah yang khusus, yang benar-benar sejarah, agar mereka tidak buta sejarah.

Kita akan mati tetapi sejarah akan terus hidup.

0 ulasan:

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP