Malu Bertanya Sesat jalan
>> Khamis, 12 November 2009
Hari ini Buletin PSS telah keluar. Semua sekolah telah menghantar Buletin PSS masing-masing. Tapi ada juga sekolah yang sepatutnya menghantar Buletin PSS tetapi hantar laporan peperiksaan. Tak pergi mesyuaratlah tu.
Tapi ada juga sekolah yang menghantar coretan sekolah sendiri tetapi menyindir sekolah lain. Anda boleh baca sendiri coretan cikgu itu dalam Buletin PSS.(lebih dari satu muka)
Seorang guru dari sekolah yang paling dekat dengan SK Jengka 12 telah sesat dan berlegar-legar di kawasan FELDA selama sejam sebelum berjumpa sekolah. Tersesat ke alam lain ke?
Bayangkan, guru dari sekolah berdekatan yang jaraknya tidak sampai 10 km sesat untuk ke SK Jengka 12. Tak bercampur dengan masyarakatkah? Berat mulut untuk bertanya? Sombonglah tu.
Guru itu juga berkata " dia sampai waktu tengah hari, orang semua duduk dalam rumah, tak boleh nak bertanya" Jengka 12 ada ribuan penghuni. Mustahil semua berkurung dalam rumah. Perintah berkurung ke di sini. Malu bertanya sesat jalan.
Dia juga menyidir Guru Besar SK Jengka 12 dengan bertanya " Siapakah Guru Besarnya??? Memang tidak bercampur dengan masyarakat. Ibarat katak di bawah tempurung. Guru besar SKJ9 kami tahu. Bekas guru besar mereka kami tahu. Guru Besar SKJ9 sebelum-sebelum itu pun kami tahu. Dia tidak kenal GB SKJ12 . Sombong..
Buletin PSS sepatutnya memaparkan aktiviti sekolah lain. Bukan untuk menyindir sekolah lain dan guru Besar sekolah lain. Cuba lihat sekolah lain. Buletin sekolah mereka semuanya memaparkan aktiviti sekolah sendiri, dan bukannya menyindir sekolah orang lain.
Apapun, kami menuntut penulis itu memohon maaf kepada Guru Besar SK Jengka 12 atas sindirannya itu. Hanya maaf sahaja yang diterima.
Akhirnya ingatlah : MALU BERTANYA SESAT JALAN.
Penulis Buletin SKJ9 hendaklah mencetak pelan ini, jika hendak ke SKJ12. Itupun kalau tidak tahu membaca papan tanda. ( Terdapat 3 papan tanda ke SKJ12, di simpang-simpang) Jika perlukan bantuan lain, boleh gunakan Google Maps.
Jika tak tau guna google maps , saya cadangkan anda guna GPS.
0 ulasan:
Catat Ulasan