Rehat Minda

>> Isnin, 9 Ogos 2010

Semalam, semua murid Tahun 6 telah menyertai Program rehat Minda di Kuantan.

Program ini juga turut disertai oleh beberapa orang guru.

Bertolak dari sekolah pada pukul 7.00 pagi.
Singgah di R&R Gambang untuk sarapan pagi.

Selepas itu terus ke Mercu Beach Resorts, Cherating.

Aktivit pertama ialah sukanekan di tepi pantai
Seterusnya, murid mandi di kolam Mercu Beach Resorts.
Makan tengahari di Ikip utama, tajaan Pejabat menteri Besar Pahang. Terima kasih.

Selepas itu Solat di Masjid Negeri.

Kemududian Singgah di Taman Teruntum, Kuantan.

Akhir sekali membelibelah di Giant Supermarket.

Bertolak pulang pada pukul 7 malam, singgah di Masjid KIPSAS untuk sembahyang.

Sampai di Jengka 12 pada pukul 10.30 malam.

Read more...

Program Motivasi Penjaga dan Murid Tahun 6

>> Jumaat, 23 Julai 2010

Pada hari ini berlangsung perjumpaan ibu-bapa tahun 6.
Pada sessi ini diadakan pembentangan terkini keputusan murid tahun 6 dan persediaan peperiksaaan percubaan pada minggu depan.

Juga dibentangkan perbelanjaan tabungan kecemerlangan yang digunakan untuk setakat ini.

Selain daripada itu, aktiviti akan datang yang dirancang juga turut dimaklumkan oleh pihak sekolah.

Aktiviti seterusnya ialah ceramah motivasi oleh Prof. Madya Dato' Dr Hj Hilmi bin Abd Rahman. (Pengarah UiTM Kampus Pahang)
Terima kasih diucapkan kepada Ybhg Dato', kerana sudi menyampaikan ceramah motivasi.



Oleh pengarah UiTM pahang Ceramah Motivasi




Read more...

Catatan Minggu Ini

Aktiviti yang berlangsung minggu ini. Saya tidak sempat mencatatnya pada tarikh sebenar.

Tarikh : 21.3.2010

Pemantauan LINUS oleh Jabatan Pendidikan Pahang

Tarikh : 22.3.2010

Pemantauan oleh Timbalan PPD Maran

Read more...

Mesyuarat Kecemerlangan tahun 6

>> Jumaat, 16 Julai 2010

Mesyuarat Kecemerlangan diadakan pada hari ini.
Pelbagai perancangan dan maklumat terkini disampaikan oleh Tuan Guru Besar.
Juga perbincangan mengenai perjumpaan dengan penjaga tahun 6 dan juga Rehat Minda.

Mesyuarat dihadiri oleh semua guru

Read more...

Debriefing

>> Rabu, 14 Julai 2010

Hari ini sekolah menerima tetamu dari PPD Maran yang menjalankan program Debrifing.
3 orang guru membentangkan prestasi mata pelajaran masing-masing

1. Sains - En Zaki
2. B.Inggeris - Puan Sabriza
3. Matematik - En Ahmad Sokri

Terima kasih kepada Pegawai PPD, Tuan Haji Zamri dan pasukannya.

Segala tunjuka ajar kami dahului dengan ucapan terima kasih

Read more...

Peperiksaan P2

>> Isnin, 31 Mei 2010

Peperiksaan P2 untuk tahun 1 hingga tahun 5 dan P3 untuk tahun 6 berlangsung hari ini.
Ketika catatan ini dibuat, semua murid sedang menjawab soalan pendidikan seni.

Semoga berjaya.

Tq

Read more...

Sambutan hari Guru Peringkat Sekolah

>> Isnin, 17 Mei 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan pada hari ini dengan tema " Guru Pembina Negara Bangsa".

Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengacara majlis, Cikgu Zaki. Kemudian diikuti oleh bacaan doa oleh Ustaz Mohd sabri bin Abdullah. Seterusnya perutusan YAB Menteri Pelajan Malaysia dibacakan oleh Tuan guru Besar.

Aturcara seterusnya ialah bacaan ikrar guru dan nyanyian lagu Guru Malaysia.
Seterusnya persembahan oleh murid-murid tahun 6 dan Pra Sekolah.

Acara diteruskan lagi dengan nyanyian solo diiringi petikan gitar sendiri oleh Cikgu Zaki. Murid-murid menikmati makanan percuma hari ini sempena hari guru.

Selepas rehat, acara sukaneka dijalankan. Terdapat pelbagai acara yang diadakan. Acara kemuncak pada hari ini ialah penyampaian hadiah sukaneka, pertukaran hadiah serta jamaun makan tengahari.

Read more...

Selamat Hari Guru

>> Ahad, 16 Mei 2010

Hari ini merupakan hari guru. Hari untuk meraikan para guru. Tema hari guru tahun ini sama seperti tahun lepas.
Guru Pembina Negara Bangsa

Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan diadakan di Kuantan Pahang.
Negeri Pahang terpilih sebagai tuan rumah.

Sambutan hari guru peringkat sekolah pula akan diadakan pada hari esok, 17 Mei 2010.

Read more...

Gotong Royong Sempena Hari Guru

>> Sabtu, 15 Mei 2010

Hari ini gotong royong hari guru diadakan.
Para guru dan ibu bapa hadir ke sekolah untuk bersama bergotong royong membersihkan kawasan sekolah.

Terima ksaih diucapkan kepada yang hadir.

Read more...

Gotong Royong

>> Rabu, 12 Mei 2010

Gotong Royong sempena hari guru akan diadakan pada hari Sabtu ini.
Semua sekolah akan melaksanakan gotong royong ini.
Kaum bapa adalah dijemput hadir bagi acara tersebut.
Diminta membawa peralatan seperti parang, chainsaw, dan peralatan yang sesuai.
Jamuan ringan disediakan

Terima kasih.

Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP