Ceramah Ke sekolah Menengah

>> Isnin, 31 Oktober 2011

Hari ini murid tahun 6 terlibat dalam ceramah yang disampaikan oleh Cikgu Khalib, kaunselor SMK Jengka 12.

Ianya bertujuan untuk memberi gambaran awal kepada murid tentang sekolah menengah.

terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah menengah atas kesudiannya hadir dalam menjayakan aktiviti tahun 6

Read more...

Perkhemahan Unit beruniform

>> Khamis, 13 Oktober 2011

Perkhemahan unit beruniform telah dijalankan pada hari semalam.
Seramai 73 orang murid tahap 2 telah terlibat.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah

1. Memasang khemah
2. PT Pagi
3. Ikatan
4. Pertandingan memasak
5. Explorace mini
6. Sukaneka

Read more...

Aktiviti Murid Tahun 6 Selepas UPSR

>> Khamis, 29 September 2011

Pada minggu lepas dan minggu ini beberapa aktiviti bagi tahun 6 telah dijalankan.

Minggu lepas.

Murid tahun 6 membantu guru dalam persiapan mengadakan majlis persaraan Mantan GB SKJ12, Encik Mustafa bin Yahya. Mereka turut terlibat dalam perarakan, dan persembahan.

Terima kasih diucapkan kepada murid tahun 6 kerana telah membantu dalam menjayakan majlis tersebut.

Minggu ini.

Pada minggu ini, semua guru bermesyuarat untuk membincangkan aktiviti tahun 6.
Lantaran itu, beberapa aktiviti terus dilaksanakan.

Rabu: Sebelum rehat : Permainan bola tampar
Selepas rehat : Permainan dalaman & perseiapan untuk aktiviti persembahan

Khamis : Sebelum rehat : Futsal
Selepas rehat : Permainan dalaman & perseiapan untuk aktiviti persembahan

Read more...

Majlis Persaraan Tuan Guru Besar

>> Khamis, 22 September 2011

Hari ini merupakan hari yang bersejarah. Ia merupakan hari bersejarah Tuan guru Besariaitu hari persaraan beliau.Sekolah juga turut dihias indah

1.Acara dimulakan dengan perarakan guru-guru dan murid.
2. Cikgu Bukhari mengambil tuan guru besar di rumahnya dengan menggunakan kereta yang dihias.
3. Ketibaan GB disambut dengan laungan selawat
4. Seterusnya ialah ucapan alu-aluan pengacara majlis
5. Bacaan doa oleh Ustaz Mohd Sabri
6. Ucapaun YDP PIBG , En Zulkifli Esa
7. Ucapan Wakil Guru . En Mohd zaki bin Harun
8. Bacaan bioadata GB
9. Persembahan Multimedia
10. Ucapan Tuan GB
11. Majlis penyampaian cenderahati
12. Majlis memotong kek persaraan dan hari lahir
13. Jamuan
15. Perarakan keluar disertai dengan lambaian daripada semua murid dan guru

Terima kasih kepada yang telah hadir dan menjayakan majlis ini.

Persembahan Multimedia





Perarakan



Persembahan Murid + Guru

Read more...

UPSR

>> Selasa, 13 September 2011

Hari ini semua murid tahun 6 menghadapi UPSR.
Mata pelajaran yang terlibat ialah
BM Pemahaman
BM Penulisan
Mathematics Paper 2

Semoga semua berjaya.

Read more...

Majlis Khatam Al-Quran dan Pra Persaraan Tuan Guru Besar

>> Ahad, 28 Ogos 2011

Semalam berlangsung majlis Khatam Al-Quran dan juga pra persaraan tuan guru besar.

Aturcara majlis:

1. Perarakan dari pintu pagar sekolah ke dewan
2. Majlis Khatam Al-Quran
3. Persembahan Nasyid
4. Penyampaian cenderahati dan juga duit raya kepada anak-anak yatim dan semua murid
5. Majlis bermaaf-maafan

Majlis persaraan akan diadakan secara rasmi selepas peperiksaan UPSR.

Read more...

Perjumpaan Bersama Ibubapa/penjaga calon UPSR

>> Jumaat, 29 Julai 2011

Hari ini berlangsung perjumpaan bersama ibubapa/penjaga calon UPSR 2011 di dewan sekolah kali ke 3.
Ianya bertujuan untuk membentangkan prestasi semasa murid tahun 6 yang bakal menduduko peperiksaan tidak lama lagi.
Berikut ialah aturcara perjumpaan.

1. Ucapan alu-aluan pengacara majlis - Encik Ahmad Sokri Othman
2. Bacaan doa oleh Ustaz Mohd Sabri Abdullah
3. Perbentangan prestasi murid tahun 6 oleh GPK Kurikulum
4. Perbentangan aktiviti tahun 6 dan laporan kewangan oleh Puan Norkhafizah Md Som
5. Ucapan tuan Guru besar- En Mustafa bin Yahya
6. Ucapan wakil pengurus FELDA Jengka 12- En Mohd Shamsuhaiza bin Suhaimi
7. Penyampaian cenderahati kepada murid cemerlang percubaan UPSR.
6. Majlis Jamuan
7. Bersurai

Dengan berlangsungnya perjumpaan ini, ibubapa dapat mendapat maklumat terkini mengenai prestasi anak-anak mereka.

Read more...

Peperiksaan Percubaan

>> Selasa, 19 Julai 2011

Hari ini berlangsung peperiksaaan Percubaan 2011 bagi murid tahun 6.
Peperiksaan dijalankan di dewan sekolah mengikut susunan angka giliran UPSR.

Read more...

Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

>> Sabtu, 2 Julai 2011

Larian serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia telah diadakan pada hari ini serentak di seluruh Malaysia

Read more...

Cara membina soalan Zoom-A

>> Selasa, 28 Jun 2011

Guru dan juga murid-murid SK Jengka 12 sekarang kini telah menggunakan Zoom-A sebagai kaedah terkini dalam P&P.

Di bawah ialah video mengenai cara-cara untuk guru-guru membina soalan Zoom-A.

Selamat Mencuba

Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP