Matematik : Video Cara mudah menyebut nombor
>> Rabu, 18 Julai 2012
Di bawah ialah cara mudah untuk menyebut nombor. Ianya sesuai untuk murid sekolah rendah terutama murid tahun 5 dan 6. Tahun 3 dengan 4 pun ok sesuai juga. Jom belajar.
Di bawah ialah cara mudah untuk menyebut nombor. Ianya sesuai untuk murid sekolah rendah terutama murid tahun 5 dan 6. Tahun 3 dengan 4 pun ok sesuai juga. Jom belajar.
Read more...
Hari ini diadakan menandatangani buku rekod profil murid sempena Peperiksaan Pertengahan Tahun.
Ianya untuk murid Tahun 3 hingga 6.
Walaupun ibu bapa sudah boleh menyemak markah peperiksaan anak-anak melalui Sistem Aplikasi Peperiksaan Sekolah (SAPS) secara online, namun perjumpaan ibu-bapa dan guru masih lagi relevan.
Ibu bapa boleh berbincang dan bertanya kepada guru mengenai prestasi anak-masing-masing.
Ibu bapa yang tidak dapat hadir boleh melihat markah peperiksaan anak masing-masing melalui URL http://saps.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
Cara untuk membuat semakan ditunjukkan seperti di bawah.
Hari ini berlangsung majlis persaraan En Hassan bin Ibrahim, mantan GPK1 SK Jengka 12
Read more...Hari ini diadakankan majlis pelancaran Minggu Anti Dadah.
Ianya disempurnakan oleh GPK HEM yang bertindak mewakili Guru Besar.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah
1. Ucapan Perasmian
2. Pelacaran Minggu Antidadah
3. Ikrar Anti Dadah
4. Persembahan Lagu " Kami Anak Merdeka" oleh murid2 tahun 4
5. Nyanyian lagu " Kami Anti dadah" oleh para guru dan murid.
Petang ini diadakan Mesyuarat Agung PIBG.
Perasmian disempurnakan oleh YB Dato' Wan Amizan, bekas murid SK Jengka 12 yang juga merupakan ADUN Tahan.
Hari ini berlangsung Program Guru Penyayang peringkat sekolah dan program mentor mentee.
Para guru berada di sekolah seawal 6.30 pagi menunggu murid datang ke sekolah.
Semua murid diberi hadiah penanda buku. 10 orang murid yang datang paling awal juga menerima hadiah.
Acara dewan dimulakan dengan Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Pahang dan sekolah.
Seterusnya ucapan Tuan Guru Besar dan upacara perasmian iaitu gimik pelancaran.
Kemudian tayangan persembahan multimedia.
Seterusnya ialah acara persembahan guru dan juga murid.
Ketika rehat, semua murid makan bersama sambil dilayan oleh para guru. Kelihatan guru yang menuangkan minuman kepada murid.
Acara bersambung selepas rehat ialah acara pembahagian mentor dan mentee.
Murid memberikana hadiah kepada mentor. ( Hadiah disediakan oleh kedai buku sekolah)
Guru pula memberi hadiah kepada mentee ( Hadiah disediakan sendiri oleh mentor)
Acara kemuncak ialah nyanyian lagi hari lahir kepada murid yang menyambutnya pada minggu ini. Guru besar menyampaikan hadiah hari jadi kepada murid.
Acara berakhir pada pukul 12 tengahari.
Burung pegar jantan
Dahulu, burung pegar digunakan untuk memakan serangga di sawah padi. Namun burung ini juga turut makan padi. Sebab itulah, peribahasa Melayu wujud berdasarkan pemerhatian orang dahulu.
Harapkan pegar, pegar makan padi.
'Orang yang diharapkan untuk menjaga sesuatu, namun orang tersebut berlaku khianat dan berpaling tadah'
Peribahasa “ Harapkan pagar , pagar makan padi” adalah salah.
Ini kerana sawah padi biasanya tidak berpagar. Dan pagar juga tidak makan.
Kesilapan ini terjadi kerana kesilapan menterjemah tulisan jawi ke rumi.
kredit: tokobakso
Hari ini diadakan jamuan akhir tahun Kelab Guru bersama dengan Jamuan Tahun 6.
Ianya diadakan di Felda Residence, Tekam Plantation Resorts.
Semua guru dan murid tiba seawal 9 pagi lagi.
Selepas mandi di kolam , acara penyampaian cendera hati kepada semua guru dan murid diadakan.
Turut hadir : Guru Besar : Puan Rusni
YDP PIBG : En Zulkifli
Wakil FELDA En Shamsuhaiza
Pengetua SMK Jengka 12 : En Bahari
Guru Besar SK Jengka 11 : Encik Tharmizi
© Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP