Internet...Sejauh Manakah?

>> Khamis, 9 Julai 2009

Salam Perkenalan.

Rasanya tidak terlalu lambat untuk saya mengucapkan salam perkenalan kepada semua warga dan keluarga SK Jengka 12 ini. Ketenangan dan kedamaian kawasan sekolah ini bagi saya cukup untuk menyatakan betapa bertuahnya dapat menimba dan berkongsi ilmu di sini. Jauh dari kesibukan kota dan dikelilingi oleh pokok-pokok menghijau. Maaf sekiranya sastera saya tidak berapa menjadi (^_^).

Saya rasa semua sudah tahu mengenai kepentingan dan kegunaan internet kepada kita khususnya sebagai satu sumber untuk meluaskan lagi pengetahuan dalam pelbagai bidang. Mungkin juga ramai yang tidak pasti bidang tugas yang berkaitan dengan Fasilitator Schoolnet (FS). Di sini akan saya terangkan serba sedikit mengenai FS ini.

- FS bertanggungjawab atas segala peralatan ICT di makmal komputer dan memastikan rangkaian schoolnet berjalan lancar.
- Menentukan sasaran kumpulan sebenar bagi latihan yang dijalankan.
- Meningkatkan kesedaran dan menggalakkan penggunaan jalur lebar kepada warga sekolah dan komuniti setempat.
- Menjalankan latihan In-House kepada warga sekolah dan menentukan jadual pelaksanaan bagi mengelak daripada mengganggu aktiviti P&P yang sedia ada.

Diharapkan makmal komputer dijadikan salah satu tempat berilmiah untuk warga sekolah menimba dan meningkatkan pengetahuan yang sedia ada. Bersama-sama kita meningkatkan penggunaan internet di sekolah dan menjadi sekolah yang maju sejajar dengan perubahan teknologi yang semakin drastik.

Sekian. Renung-renungkan dan selamat beramal (^_^)..

0 ulasan:

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP