Lencana Sekolah

>> Rabu, 8 Julai 2009




Lencana sekolah telah dicipta oleh Encik Azhar Bin Sudin pada tahun 1976. Penciptaan lencana sekolah ini adalah berdasarkan kepada beberapa kriteria dan mempunyai maksud yang tertentu.

BENTUK


5 petak melambangkan amalan 5 Rukun Islam. 6 penjuru melambangkan kepercayaan kepada Rukun Iman. Bawah melengkung diibaratkan sebuah bekas yang mengandungi barang berharga.

GAMBAR

Botol dakwat, pen dan buku mengutamakan kepada akademik. 5 bulatan dan obor mencuba untuk kecemerlangan di bidang ko kurikulum. Lambang Negeri Pahang menunjukkan kesetiaan kepada negeri dan raja.

WARNA
BIRU-Kasih saying terhadap ilmu pengetahuan
KUNING(pen, dakwat dan buku)_Hidup sentiasa dalam keterangan jika mempunyai ilmu pengetahuan.

JALUR MERAH PUTIH-Memegang prinsip Rukun Negara.

HIJAU-Pentingnya beriman, beramal dan bertaqwa.

HITAM PUTIH-Cintai Pahang Darul Makmur.

KUNING-Kedaulatan Raja

MOTTO-USAHA JAYA

Setiap perkara yang dilakukan dengan usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan berjaya.

SLOGAN - Kecemerlangan Adalah Keutamaan Kami

0 ulasan:

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP