Seronoknya menjadi pelajar

>> Sabtu, 4 Julai 2009

Dari bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua, bilakah waktu yang paling seronok sekali. Bagi saya tentulah waktu kanak-kanak dan remaja. Masa itulah kita sedang bersekolah.

Apabila kita telah dewasa, saat-saat semasa bergelar pelajar sering bermain di ingatan kita. Kadang-kadang hati kecil kita berkata, alangkah baiknya kalau dapat kembali ke zaman itu. Tak banyak masalah yang perlu difikirkan. Di sekolah kita hanya perlu belajar dan menyertai aktiviti-aktiviti persekolahan. Alangkah seronoknya. Cuba hayati lagu Pesan Abang nyanyian Allayarham Sudirman. Begitu syahdu sekali
Justeru, kepada adik-adik yang masih bersekolah, hargailah waktu ini. Jangan sia-siakannya. Jika kita sia-siakannya, kelak kita akan kesal di kemudian hari. Masa yang telah pergi takkan berulang kembali.



Seronoknya kita ketika bersekolah. Ceria dan gembira bersama teman-teman. Adakah 30 tahun lagi anda akan bersama seperti ini? Pastinya, masing-masing membawa haluan sendiri. Membina kehidupan sendiri.




Saya pernah menjadi murid dan duduk di bangku dan meja seperti ini lebih 30 tahun yang lalu. Kini semuanya tinggal kenangan yang terindah dalam kehidupan. Teman-teman masa bersekolah dulu jarang sekali kutemui. Masing-masing mempunyai kehidupan sendiri. Untuk berkumpul seperti dulu terasa begitu mustahil. Segalanya hanya tinggal memori.

0 ulasan:

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP